The Red Giants
UTAMA
BERITA
SKUAD
TENTANG KAMI
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
UTAMA
BERITA
SKUAD
TENTANG KAMI
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
KEDAI
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
BERITA
Berita & Terkini
›
Terima Kasih Di Atas Segala Jasa & Selamat Maju Ja...
Terima Kasih Di Atas Segala Jasa & Selamat Maju Jaya
Oct 10, 2019 - FAS
Hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa
Persatuan Bola Sepak Selangor ingin mengucapkan jutaan terima kepada beberapa pemain yang bakal meninggalkan keluarga Red Giants bagi musim 2019.
Segala jasa yang telah dicurahkan buat pasukan ini akan terus kekal terpahat dan terbuku dalam sejarah Selangor selamanya.
Berikut adalah senarai pemain yang sah meninggalkan pasukan Selangor FA:
Norazlan Razali
Penjaga gol berpengalaman ini telah menyarung jersi Gergasi Merah sejak tahun 2011. Beliau kemudian berpindah ke JDT pada tahun 2014 sebelum kembali bersama pasukan Selangor pada 4 musim berikutnya. Norazlan telah beraksi untuk pasukan Selangor FA sebanyak 129 kali dan membantu pasukan ini memenangi Piala Malaysia pada tahun 2015.
Azamuddin Mohd Akil
Azamuddin atau lebih dikenali sebagai Alex, merupakan seorang pemain yang tidak asing lagi bagi kancah bola sepak Malaysia. Pemain yang berusia 33 tahun ini telah menyertai Selangor bagi musim 2018 dengan menandatangi kontrak selama setahun dan telah menyarung jersi Gergasi Merah untuk 9 perlawanan.
Joseph Kalang Tie
Joseph atau nama singkatannya, JKT merupakan pemain tengah kelahiran Bumi Kenyalang. JKT merupakan antara pemain yang pernah berlatih bersama Hartlepool United, kelab League One England. Beliau menyertai Selangor FA dengan kontrak selama 1 tahun dan telah tampil di dalam 14 perlawanan dan menjaringkan 1 gol untuk Red Giants.
Abdul Halim Zainal
Halim merupakan adik kepada dua bekas pemain kebangsaan iaitu Faizal Zainal dan Khairil Zainal. Pemain tengah yang berasal dari Negeri Sembilan ini telah bersama dengan Selangor FA selama dua musim dan tampil dalam 39 perlawanan.
Shahrul Igwan
Shahrul adalah seorang pemain yang berpengalaman luas di peringkat kelab dan negara. Pemain tengah ini telah mewakili skuad negara B16, B19, B21 & B23 sepanjang karier beliau. Shahrul tampil untuk pasukan Selangor dalam 12 perlawanan bagi musim 2018 dan telah mengumumkan bahawa beliau akan menyertai skuad Helang Merah untuk musim hadapan.
Mohd Fairuz Abdul Aziz
Anak kelahiran Selangor ini telah beberapa kali menyertai skuad Merah Kuning selepas beberapa perpindahan sepanjang karier beliau. Fairuz juga merupakan salah seorang pemain yang pernah beraksi di dalam Liga FA Selangor bersama AirAsia FC (kini dikenali sebagai PJ Rangers) dan pasukan liga sosial Selangor bersama Shah Alam Antlers. Fairuz telah tampil sebanyak 26 kali sepanjang karier beliau bersama Selangor.
Razman Roslan
Ketua pasukan Selangor. Tidak dapat dinafikan lagi beliau merupakan antara pemain yang paling banyak berjasa buat skuad Red Giants. Salah seorang lagenda Merah Kuning yang telah memimpin dan mengetuai barisan pemain dari bawah dalam setiap permainan Selangor, di dalam dan di luar padang dengan penuh berdisiplin.
Razman telah tampil untuk pasukan Selangor di dalam 346 perlawanan sepanjang karier beliau dan telah menjaringkan 24 gol buat skuad Gergasi Merah. Beliau juga telah banyak membantu Selangor menjulang beberapa piala antaranya adalah, Piala Sumbangsih 2009, 2010, Liga Super 2009, 2010, Liga Premier 2005, Piala Malaysia 2005, Piala FA 2005 dan Piala FA 2009.
Bagai air yang dicincang, takkan putus. Begitulah hubungan kekeluargaan antara pemain-pemain ini di Selangor FA yang akan berkekalan selamanya. Biarpun tidak memakai jersi yang sama, mereka tetap menjadi sebahagian dari keluarga besar Red Giants. Selangor FA mendoakan agar pemain-pemain ini memperoleh kejayaan di tempat yang baru.
←
Sebelum
#STILLRED: Tamil, Haziq, Ashmawi & Boy
Seterusnya
Wajah Bola Selangor: B. Satiananthan
→
BERITA FA SELANGOR
Reviu Perlawanan ke-21 Liga Super 2025/26 | Kuala Lumpur City FC 2-3 Selangor FC | Kemenangan Derbi Lembah Klang ke-55
Baca Lagi
Previu Perlawanan Liga Super ke-21 | Kuala Lumpur City FC lwn Selangor FC | 2025/26 | Perebutan Penting Derbi Lembah Klang
Baca Lagi
Reviu Perlawanan ke-20 Liga Super 2025/26 | Selangor FC 4-0 Imigresen FC | Bangga Pemain Bangkit
Baca Lagi
Previu Perlawanan Liga Super ke-20 | Selangor FC lwn Imigresen FC | 2025/26 | Setiap Perlawanan Penting
Baca Lagi