The Red Giants
UTAMA
BERITA
SKUAD
TENTANG KAMI
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
UTAMA
BERITA
SKUAD
TENTANG KAMI
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
KEDAI
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
BERITA
Berita & Terkini
›
Kenali Pemain Selangor: Amirul Haziq (Boy)
Kenali Pemain Selangor: Amirul Haziq (Boy)
Oct 10, 2019 - FAS
Untuk edisi kali ini, FA Selangor membawakan kepada anda kisah Muhammad Amirul Haziq bin Rasmizal atau lebih mesra disapa dengan panggilan Boy.
Berumur 21 tahun dan merupakan kapten skuad Presiden Selangor 2019. Boy memulakan karier bola sepaknya sejak dibangku sekolah lagi. Pada tahun 2010, beliau menyertai Soccerkids yang dianjurkan oleh TV3 dan dengan bakat yang dipamerkan, beliau telah diserap masuk ke Sekolah Sukan Seksyen 11 pada tahun berikutnya.
Dua tahun selepas itu, pemain pertahanan tengah ini dipilin untuk mengasah bakatnya di Akademi Frenz United sehingga tahun 2015. Dengan kelebihan yang dimilikinya, Boy tidak perlu tunggu lama untuk dipanggil menyertai skuad belia Selangor pada tahun 2016 dan berjaya meraih kedudukan naib juara pada tahun tersebut.
Dengan kecemerlangan beliau dalam padang, Boy dinaikkan ke skuad Presiden Selangor pada tahun 2017. Beliau telah berjaya membantu skuad muda Selangor menjadi juara Piala Presiden musim 2017.
Dorongan dan sokongan yang tinggi daripada ibunya telah membantu bakat muda ini untuk diserap masuk ke pasukan utama Selangor dalam saingan Liga Super Malaysia 2018. Boy membuat kemunculan pertamanya dalam aksi menentang JDT di Stadium Larkin, Johor.
Untuk musim 2019, Boy diberikan tanggungjawab sebagai kapten skuad Presiden Selangor kerana bakat kepimpinan yang tinggi dalam dirinya dan pengalaman yang dimilikinya.
“Menjadi ketua pasukan menjadikan saya lebih bersemangat dan bertanggungjawab untuk membantu pasukan Presiden Selangor sekali lagi menjadi juara pada tahun ni” kata Boy.
Ditanya pula mengenai siapakah idola beliau, Boy mengatakan bahawa Razman Roslan adalah pemain yang beliau kagumi. Razman merupakan seorang pemain pertahanan yang berkualiti terutamanya dari segi melakukan terjahan serta mampu memberikan arahan kepada rakan sepasukannya.
Tambahan pula, Razman merupakan kapten pasukan pada musim lalu. Sudah pasti beliau seorang yang bertanggungjawab dan bijak membuat keputusan yang melibatkan anak buah beliau.
Bagi pemain luar negara pula, Boy memilih Cristiano Ronaldo sebagai idola beliau. Kesungguhan pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu telah memberi inspirasi kepada Boy untuk menjadi pemain bola sepak yang berjaya.
Kapten skuad Presiden ini berharap agar dapat menabur bakti selama mungkin untuk pasukan Selangor. Beliau juga berhasrat untuk membantu pasukan Selangor menjulang semua kejuaaran yang dipertandingkan.
Boy juga bertekad untuk bekerja keras bagi memastikan beliau mendpat tempat di dalam skuad utama Selangor. Boy sering berusaha memperbaiki dirinya sehabis baik untuk mendapat peluang mewakili Malaysia.
Kami dari FA Selangor mendoakan agar Boy terus cemerlang membantu skuad Presiden Selangor mencipta kejayaan dan melakarkan sejarah baru pada musim ini dan juga pada masa akan datang.
Semoga berjaya Boy! Demi Selangor.
←
Sebelum
MAC, MPSJ dan FA Selangor jalin kerjasama
Seterusnya
Jawatan Kosong: Team Media Officials Selangor
→
BERITA FA SELANGOR
Reviu Perlawanan ke-21 Liga Super 2025/26 | Kuala Lumpur City FC 2-3 Selangor FC | Kemenangan Derbi Lembah Klang ke-55
Baca Lagi
Previu Perlawanan Liga Super ke-21 | Kuala Lumpur City FC lwn Selangor FC | 2025/26 | Perebutan Penting Derbi Lembah Klang
Baca Lagi
Reviu Perlawanan ke-20 Liga Super 2025/26 | Selangor FC 4-0 Imigresen FC | Bangga Pemain Bangkit
Baca Lagi
Previu Perlawanan Liga Super ke-20 | Selangor FC lwn Imigresen FC | 2025/26 | Setiap Perlawanan Penting
Baca Lagi