The Red Giants
UTAMA
BERITA
SKUAD
INFO FAS
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
UTAMA
BERITA
SKUAD
INFO FAS
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
KEDAI
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
BERITA
Kenali Pemain Selangor - Ahmad Danial Ahmad Asri
Oct 10, 2019 - FAS
Ketua pasukan Piala Belia Selangor, Ahmad Danial Ahmad Asri merupakan pemain muda Selangor yang kian meningkat naik.
Menyarung jersi bernombor 11, Danial bermain di posisi penyerang dan menjadikan lagenda Selangor iaitu Amri Yahyah sebagai idolanya.
Bagi beliau, Amri merupakan pemain yang disegani serta mempunyai skil yang berkualiti tinggi dan patut dicontohi oleh pemain muda masa kini.
Bagi pemain luar negara pula, Danial memetik nama penyerang Portugal yang kini bermain untuk pasukan Juventus iaitu Cristiano Ronaldo.
Selain itu, Danial turut menyatakan ayahnya juga merupakan salah seorang yang memberi inspirasi untuk bermain bola.
Danial mula aktif dalam bola sepak sejak di bangku sekolah rendah apabila terpilih mewakili Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa sewaktu berumur sembilan tahun.
Danial kemudian terpilih mewakili skuad bawah 15 tahun, untuk beraksi di peringkat kebangsaan buat julung kalinya.
Kini, Danial bermain untuk pasukan Belia Selangor selepas berjaya memikat hati jurulatih sewaktu sesi pemilihan pada tahun lalu.
Danial akui tidak pernah terfikir untuk dipilih sebagai ketua pasukan dan beliau turut menyatakan bahawa ini adalah satu impian yang menjadi kenyataan.
Antara kejayaan yang telah Danial raih ialah menjuarai Piala Sumbangsih serta menjadi juara Liga Divisyen 1 Liga Bolasepak IPT pada tahun 2018 mewakili UiTM Shah Alam.
Untuk tahun ini, Danial mengharapkan bahawa pasukan beliau akan menjadi juara Piala Belia 2019 serta mahu menyaksikan Selangor melahirkan lebih banyak bakat muda di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.
Danial juga bercita-cita untuk beraksi di luar negara dan mewakili negara di luar negara.
BERITA FA SELANGOR
Picha Autra #IsRed
Baca Lagi
Wajah Bola Selangor: Amal Arif Hatta
Baca Lagi
Perkembangan Terbaru : Pasukan Selangor FC Piala Belia
Baca Lagi
Tahniah Noor Al-Rawabdeh, Mohammad Abualnadi Dan Jordan FA Atas Kelayakan Piala Dunia 2026
Baca Lagi