Jan 24, 2020 - FASSelepas meneliti pelbagai aspek dan mengambil kira nasihat daripada pelbagai sumber, pengurusan FA Selangor membuat keputusan untuk tidak menyertai kejohanan pramusim di China yang dijadualkan berlangsung pada 24-28 Januari 2020 ini.
Wabak coronavirus adalah punca utama keputusan ini diambil bagi mengutamakan keselamatan para pemain dan pegawai pasukan serta mengelakkan daripada virus tersebut tersebar kepada keluarga serta seluruh rakyat di Malaysia.
FA Selangor memohon maaf kepada penganjur kejohanan ini iaitu Meizhou Hakka FC, dan akan berusaha dengan sedaya upaya kami untuk menyelesaikan perkara ini dengan sebaik mungkin.