Feb 26, 2020 - FASJenama makan ringan, Kacang Macha hari ini diumumkan sebagai snek rasmi bagi skuad Red Giants untuk musim 2020.
Jenama tempatan yang dimiliki oleh syarkat korporat GT Spice Manufacturers ini telah diangkat menjadi sebuah rakan startegik Red Giants bagi musim 2020.
Syarikat yang dikorporatkan pada tahun 2015 ini ditubuhan untuk menguruskan perniagaan rempah dan makanan ringan pada peringkat global dan komited untuk menyediakan servis yang lebih baik kepada pelanggan, selain memastikan bahan mentah berkualiti tinggi digunakan untuk menyediakan produk premium untuk menjamin keluasan pelanggan.
Kerjasama ini bakal menjadikan snek Kacang Macha bakal menjadi makanan ringan rasmi yang dijual dan menjadi pilihan penyokong Red Giants di Stadium Shah Alam pada hari perlawanan.
Menurut Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon kerjasama antara kedua-dua entiti ini penting kearah penswastaan sepenuhnya kelab bola sepak yang berpengkalan di Lembah Kelang ini.
“FA Selangor bersyukur dan berbangga dengan kerjasama ini. GT Spice Manufacturers adalah sebuah syarikat yang berpengkalan di Selangor dan kerjasama untuk musim 2020 ini diharap dapat mendekatkan produk Kacang Macha dengan kalangan penyokong Red Giants. Produk yang berkualiti tinggi ini dijamin bakal memuaskan hati penyokong Selangor yang turun ke Stadium Shah Alam pada hari perlawanan,” tambah Johan.
Encik Calvin Koh, pengasas Kacang Macha dipetik berkata, “Kacang Macha sangat teruja dapat berkerjasama dengan FA Selangor, sebuah pasukan yang kaya dengan kejayaan dan sejarah bola sepak di negara ini. Kami tidak sabar untuk menantikan komen-komen positif dari penyokong Red Giants yang merasai produk berkualiti tinggi dari kami kelak.”
FA Selangor mengucapkan terima kasih kepada GT Spice Manufacturers atas kepercayaan yang diberikan untuk memajukan bola sepak negeri Selangor selain mengharapkan agar lebih banyak badan korporat untuk tampil untuk sama-sama mengembalikan kembali zaman kegemilangan bola sepak Selangor.