The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

ANF LOGISTICS RAKAN LOGISTIK RASMI SELANGOR 2020

Mar 02, 2020 - FAS

Salah sebuah syarikat pengurusan logistik terbesar Malaysia, ANF Logistics Sdn Bhd hari ini diumumkan sebagai rakan pengurusan logistik rasmi bagi skuad Red Giants untuk musim ini.

 

Entiti korporat ini tidak asing lagi bagi skuad Red Giants kerana telahpun menjadi salah sebuah rakan strategik utama semenjak kejohanan pramusim Selangor Asia Challenge pada bulan Januari yang lalu.

 

ANF Logistics Sdn Bhd adalah antara syarikat pengurusan logistik yang paling berjaya di Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun 2005. Model perniagaan syarikat ini adalah pengurusan kargo udara dan perkhidmatan pengangkutan.

 

ANF Logistics telah mengekalkan operasi yang efisyen dan efektif dalam memenuhi kriteria ketat syarikat tempatan dan antarabangsa. Berdasarkan keperluan untuk memperkukuhkan servis dan perkhidmatannya, ANF Logistics kini telah menjadi jenama pilihan antarabangsa yang menghubungkan setiap stesen logistik di Malaysia.

 

Kerjasama ini bakal memperlihatkan logo korporat ANF logistics bakal diletakkan di bahu kanan di kesemua jersi Selangor pada musim ini, selain penglibatan secara langsung untuk penganjuran acara Selangor Asia Challenge untuk 4 edisi seterusnya.

 

Menurut Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon kerjasama antara kedua-dua entiti ini penting ke arah penswastaan sepenuhnya kelab bola sepak berkenaan, selain penyertaan syarikat korporat dalam mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat.

 

“FA Selangor berbangga kerana dapat meneruskan kerjasama strategik ini. ANF Logistics telah menjadi rakan strategik yang banyak membantu proses transformasi menyeluruh Selangor,” jelas Johan.

 

Selepas menjadi penganjur utama kejohanan Selangor Asia Challenge, Johan berkata, “Kami juga sangat berpuas hati dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh ANF Logistics sewaktu kejohanan Selangor Asia Challenge yang lalu dan berharap dapat mengulanginya pada musim ini dan di masa akan datang.”

 

Pengarah urusan ANF Logistics Sdn Bhd, Meor Mohd Fadzlan, turut memberikan kenyataan beliau mengenai kerjasama strategik ini.

 

“Sebagai penyokong setia pasukan bola sepak Selangor sendiri, saya yakin dengan kepimpinan, pembangunan dan hala tuju pengurusan baru ini di bawah naungan RMS dan Dr. Johan. Saya ingin berterima kasih kepada pihak FAS kerana memberi peluang dan kepercayaan untuk sama-sama kita mengembalikan zaman kegemilangan Red Giants,” ujar Fadzlan.

 

FA Selangor mengucapkan terima kasih kepada ANF Logistics atas kepercayaan yang diberikan untuk memajukan bola sepak negeri Selangor selain mengharapkan agar lebih banyak badan korporat untuk tampil untuk sama-sama membantu pasukan Merah Kuning mencapai kejayaan.