Mar 25, 2020 - FASPerkongsian #MyFirstSelangor kali ini dari peminat tegar Selangor, Danny Johan melalui IG beliau, @dnyjhn.
#throwback 05.08.2017 Stadium MP Selayang, kemenangan mutlak milik tuan rumah. Gol pertama dijaringkan oleh sang lagenda Wak Am dan disusuli oleh gol daripada Andik Vermansyah. Pada malam itu semua penyokong Selangor gembira dengan kejayaan pasukan yang telah berjaya menundukan pasukan gergasi tanah air pada ketika itu. Berdiri dibelakang pasukan, bersama jatuh dan bangun. Apa yang kekal bersama pasukan adalah sejarah, trofi dan PENYOKONG!!! Ayuh Gergasi Merahku #kitaadalahsatu #akuredgiants #selangorsampaimati #mklk #mentalitijuara #ke84nggaan #myfirstselangor
Mahu kami kongsikan gambar dan pengalaman anda menyaksikan pasukan Selangor di stadium dengan penyokong Red Giants yang lain? Muatnaik gambar berserta caption menarik anda beserta tanda pagar #MyFirstSelangor dan kiriman terpilih akan kami kongsikan.