The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Istimewa Hari Bapa: Kepten Taylor Kongsikan Kisah Kebapaannya

Jun 19, 2020 - FAS

Seorang ayah adalah hero di mata setiap anak dan tanpa ayah di sisi, kita merasakan seperti kehilangan sesuatu.

Sempena Hari Bapa yang akan berlangsung pada tanggal 21 Jun ini, kapten skuad utama Selangor, Taylor Regan berkongsi peranannya sebagai seorang bapa kepada dua anak lelakinya, Bodhi dan Jax.

Menjadi seorang pemain 'import' dalam sukan bolasepak telah memaksa Taylor dan keluarganya meninggalkan Australia dan menetap di Malaysia selama beberapa tahun.

“Anak-anak adalah segalanya. Sebagai seorang bapa, perkara yang paling penting dalam hidup adalah menyediakan keperluan dan melindungi anak-anak. Matlamat utama saya adalah untuk menjadi 'role model' kepada mereka,” kata Taylor.

Membesarkan anak-anak di luar negara merupakan satu cabaran besar, namun bagi Taylor Malaysia adalah tempat yang indah untuk beliau membesarkan anak-anaknya.

"Saya mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa Red Giants. Semoga hari ini menjadi yang terindah untuk kamu dan anak-anak. Hidup ini hanyalah sementara dan anak kita adalah legasi kita. Hargai masa-masa yang ada bersama mereka," kata Taylor sebelum mengakiri temubual