The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

5 Gergasi Merah Dipanggil Ke Skuad Kebangsaan B-19

Jul 07, 2020 - FAS

Lima pemain muda Selangor, Raimi Shamsul, Azrul Haikal, Aikmal Roslan, Fahmi Daniel dan Fakrul Iman telah dipanggil oleh ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Brad Maloney untuk menyertai kem latihan pusat kebangsaan.

Kem latihan pusat ini bermula sejak  semalam sehingga 26 Julai ini, bakal berlangsung selama tiga minggu di Wisma FAM, Kelana Jaya sebagai persediaan awal bagi kejuaraan Pusingan Akhir AFC 2020.

Beberapa tonggak utama dalam saingan kelayakan tahun lalu yang bermain dalam pasukan Selangor 2 seperti Firdaus Irman Mohd Fadhil, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Azrin Afiq Rusmini, Harith Haiqal Adam Afkar, Mukhairi Ajmal Mahadi, Luqman Hakim Shamsudin dan Ahmad Zikri Mohd Khalili, dijangka bakal menyertai pasukan pada kem latihan pusat pada 10 September ini.

Malaysia berjaya menempatkan diri dalam kalangan 16 pasukan terbaik ke Pusingan Akhir Kejuaraan B-19 AFC 2020 yang akan berlangsung di Uzbekistan dari 14 hingga 31 Oktober 2020.

Skuad B-19 Malaysia telah diundi dalam Kumpulan D bersama juara edisi 2014 iaitu Qatar, Tajikistan dan Yemen pada majlis undian yang lalu.

FAS mengucapkan selamat berjaya kepada pemain-pemain berbakat yang dipanggil ke kem latihan skuad B-19 Malaysia ini dan berharap agar mereka bakal menimba ilmu ketika berada di sana.