Aug 10, 2020 - FASSafuwan Baharudin kini kembali ke kem FA Selangor setelah selesai menjalani kuarantin selama 14 hari sebaik sahaja tiba di Malaysia sejak dua minggu lepas.
Pemain tengah Gergasi Merah ini menzahirkan rasa teruja setelah dapat kembali berlatih bersama rakan-rakan sepasukannya yang lain.
“Saya sangat gembira dapat kembali bersama pasukan setelah sekian lama tidak berlatih. Perasaan itu luar biasa setelah hampir empat bulan tidak bermain bola dan juga berada di padang bersama-sama pasukan,” kata Safuwan.
Pemain berasal dari Singapura ini mahu fokus dalam mengekalkan kecergasan dan mendapatkan semula momentum untuk persiapan kejohanan Liga M yang bakal bermula pada 26 Ogos nanti.
“Saya ingin bermain dalam baki perlawanan yang ada dan akan melakukan yang terbaik bersama pasukan untuk habiskan musim ini dengan baik,” Safuwan menyatakan hasratnya.
Dalam dua perlawanan persahabatan pasukan Selangor menentang Pulau Pinang dan UKM FC sebelum ini, Safuwan tidak dapat disenaraikan kerana masih berusaha untuk meingkatkan kecergasannya.
Semoga Safuwan kembali mendapatkan momentumnya dan terus komited dalam latihan bersama pasukan Gergasi Merah untuk mempamerkan aksi terbaik dalam kejohanan Liga M tidak lama lagi.
FA Selangor akan menyambung saingan CIMB Liga Super 2020 menentang pasukan PJ City pada 27 Ogos ini di Stadium UiTM Shah Alam.