Sep 21, 2020 - FASSetelah membuat penilaian dan mengambil kira kesemua aspek prestasi semasa, pihak pengurusan FA Selangor telah memutuskan untuk menamatkan kontrak B. Satiananthan sebagai Ketua Jurulatih pasukan utama secara serta merta.?
Berikutan itu, tugas Ketua Jurulatih akan dipangku oleh Pengarah Teknikal kelab, Michael Feichtenbeiner, sehingga Ketua Jurulatih yang baharu diumumkan.
FA Selangor ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada B. Satinanthan atas khidmat beliau membawa pasukan Selangor ke tempat ke-3 dalam saingan Unifi Liga Super 2019 serta mara ke peringkat Separuh Akhir Piala Malaysia musim lalu.