The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

PREVIU PERLAWANAN: Perlawanan Away Terakhir Liga (CIMB Liga Super 2020)

Oct 03, 2020 - FAS

Skuad Selangor akan bertandang ke Stadium Cheras, Kuala Lumpur bagi meneruskan perlawanan ke-10 CIMB Liga Super 2020 dengan menentang PDRM malam ini.

Kali terakhir Selangor menentang PDRM adalah dalam saingan Piala Malaysia 2019 peringkat kumpulan (kumpulan D) yang berakhir dengan keputusan seri, dengan agregat 3-3.

Pemain tengah Selangor, Sandro Da Silva, berkata skuad Selangor akan memberikan aksi terbaik mereka untuk memenangi perlawanan malam ini.

“Tiada apa yang mudah, pasukan akan berusaha keras dan berikan fokus seratus peratus dalam perlawanan malam ini bagi mendapatkan tiga mata berharga untuk Selangor,” kata Sandro.

Sandro yang merupakan tonggak import Gergasi Merah dari Brazil bakal menjadi watak penting dalam percaturan Michael Feichtenbeiner untuk mencari kemenangan pertama beliau sebagai pemangku ketua jurulatih Selangor.

Setakat ini, Sandro telahpun mencetak 2 gol untuk Selangor sewaktu menentang Melaka United dan UiTM FC.

Selain khidmat Sandro, Michael juga boleh menarik nafas lega setelah Syazwan Zainon, Wan Zack Haikal dan Halim Saari telah pulih daripada kecederaan dan dijangka kembali beraksi bersama pasukan dalam perlawanan ini.

Kepten pasukan, Taylor Regan juga tidak dapat disenaraikan kerana menjalani penggantungan setelah mengumpul tiga kad kuning.

Manakala, Syahmi Safari dan Nicholas Swirad pula tidak dapat diturunkan dalam perlawanan ini atas faktor kecederaan, sementara Hakim Hassan masih menjalani proses fisioterapi.

Kedudukan terkini Gergasi Merah dalam carta CIMB Liga Super 2020 adalah di tangga ke-8 dengan 11 mata terkumpul hasil dari dua kemenangan, lima seri, dan dua kekalahan.

Semoga tiga mata penuh berjaya dibawa pulang skuad Selangor untuk perlawanan terakhir di tempat lawan CIMB Liga Super musim ini.

Ayuh Selangor!