The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Ifedayo Disahkan Penjaring Terbanyak CIMB Liga Super 2020

Oct 31, 2020 - FAS

Ifedayo Olusegun, penyerang prolifik Selangor kini sah dinobatkan selaku Penjaring Terbanyak CIMB Liga Super 2020 setelah penganjur kejohanan, pihak MFL (Malaysia Football League) mengesahkan bahawa perlawanan terakhir liga antara UiTM FC dan Sabah dibatalkan.

Penyerang kelahiran Nigeria ini telah meledakkan hatrik dalam perlawanan terakhir Selangor musim ini ketika menentang Felda United dan sekali gus membantunya memintas pesaing penjaring terbanyak dengan 12 gol.

Tonton hatrik #SELFEL Ifedayo Olusegun di sini.
 
Dengan 12 jaringan gol dalam 7 perlawanan musim ini, Ifedayo berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang terlibat. Kejayaan ini juga menyaksikan beliau telah menjaringkan 24 gol dalam 21 perlawanan untuk pasukan Gergasi Merah.

“Syukur kepada Tuhan atas pencapaian yang diberikan. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua yang membantu saya di FAS termasuk pemain, anggota kru teknikal, pengurusan, pekerja, dan peminat,” kata Ifedayo selepas disahkan menjadi penjaring terbanyak Liga Super.

Lihat kesemua gol Ifedayo di:

Gol menentang Pahang.
Gol menentang Perak.
Gol menentang Terengganu.
Gol menentang Sabah.
Gol menentang UiTM.
Gol menentang PDRM.
Gol menentang Felda United.

Untuk pengetahuan, Ifedayo Olusegun mula menyertai pasukan utama Selangor semasa jendela perpindahan kedua pada musim 2019 bagi memantapkan lagi barisan serangan Gergasi Merah ketika itu.

Beliau telah menjaringkan 12 gol dalam kejohanan Liga Super untuk dua musim berturut-turut bersama pasukan utama Selangor dengan menjaringkan 3 hatrik setakat ini.

FA Selangor mengucapkan tahniah kepada Ifedayo Olusegun atas pencapaiannya dalam CIMB Liga Super 2020. Semoga beliau terus mempamerkan persembahan yang terbaik di pentas Piala Malaysia. Teruskan perjuangan Ifedayo!