Feb 10, 2021 - FASSemalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memberikan kebenaran untuk program latihan berpusat untuk beberapa sukan termasuk bola sepak dijalankan mulai minggu depan.
Sebaik sahaja berita baik ini diumumkan, barisan kejurulatihan dan pegawai teknikal Selangor FC menyusun rancangan terperinci untuk mempersiapkan skuad untuk musim yang akan datang, kerana rancangan pramusim sebelumnya telah terhenti kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negeri Selangor.
Semua pasukan Selangor FC (pemain skuad belia sehingga ke pasukan utama) akan memulakan latihan mereka seperti biasa pada hari Isnin ini, sesuai dengan tarikh dan SOP yang diambil oleh kerajaan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan penganjur liga, Malaysia Football League (MFL).
Hal ini penting kerana pasukan perlu menyusun semula rancangan asal pra-musim mereka dan memanfaatkan sedikit yang mereka miliki sebaik mungkin sebelum liga bermula pada minggu pertama bulan Mac.
Sementara itu, Selangor 2 juga turut mengumumkan secara rasmi pemain import terakhir mereka untuk musim 2021, Hein Htet Aung dari Myanmar.
Lebih mesra dengan panggilan Hein, pemuda yang bermain untuk skuad Myanmar B-18, B-19, B-21 & B-23 ini telah menandatangani kontrak untuk bersama Red Giants sehingga musim 2023.
Pemain berusia 19 tahun itu telah bermain untuk naib juara Liga Perdana Myanmar musim lalu, Hantharwady United FC sejak 2019 dan telah membuat 28 penampilan dan menjaringkan 4 gol setakat ini. Dia turut dinobatkan sebagai pemain dengan melakukan bantuan gol tertinggi (9) dari kesemua liga domestik ASEAN pada tahun 2020, menurut portal theaseanfootball.
Menurut Pengarah Teknikal Selangor, Michael Feichtenbeiner, pemain sayap kanan ini adalah salah satu bakat muda terbaik dari Myanmar dan yakin Hein akan dapat menyesuaikan diri dengan DNA Selangor FC.
"Saya gembira kerana dia mahu menyertai Selangor FC. Ini adalah peluang untuk Hein mengembangkan karier bola sepaknya. Kita bukan sahaja ingin menghasilkan bakat tempatan yang hebat untuk kejohanan Liga Super, tetapi juga mahu mengembangkan bakat pemain import," kata Michael.
"Hein, George (Attram) dan Jordan (Ayimbila) juga akan menjadi pemain tambahan untuk slot import di pasukan utama Selangor jika diperlukan. Ini juga akan membuka peluang bagi mereka untuk merasai pengalaman bermain bola sepak profesional di peringkat yang lebih tinggi," tambahnya sebelum mengakhiri temu bual.
Selangor FC mengalu-alukan Hein Htet Aung kepada pasukan Selangor 2 dan mengucapkan semoga berjaya untuk musim baru yang akan datang.
Demi kebanggaan!