The Red Giants

EN
MY
SELANGOR FC
BERITA

Sharul Nazeem Tidak Rela Bolos Lagi

Apr 23, 2021 - FAS

Minggu lalu, Selangor FC telah berjaya membawa pulang tiga mata penuh dari Stadium Hang Jebat. Malam ini, Gergasi Merah akan meneruskan perjuangan apabila menerima kunjungan pasukan Sabah FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Untuk rekod, kali terakhir pasukan Selangor bertemu pasukan The Rhinos adalah sewaktu saingan Liga Super 2020, apabila Selangor melakukan ‘comeback’ dengan kemenangan 2-1 melalui dua jaringan penyerang prolifik Selangor FC iaitu Ifedayo Olusegun di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Karsten Neitzel, Ketua Jurulatih Gergasi Merah mengakui aksi ketika menentang pasukan Melaka United pada minggu lalu, bukanlah persembahan terbaik anak buahnya, namun mengagumi semangat dan mentaliti yang dimiliki mereka.

“Sudah tentu kami mahukan kemenangan malam ini. Kita perlu menunjukkan aksi terbaik setiap hari. Ketika menentang Melaka United, kita tidak bermain dengan sebaiknya. Tetapi, perkara penting lain adalah semangat pasukan, mentaliti dan kepercayaan tentang apa yang kita ingin buktikan di atas padang,” jelas Karsten.

“Untuk itu, saya harap agar pasukan akan bermain malam ini dengan motivasi yang tinggi. Kita mahukan kemenangan dan paling penting, kita takkan mendapat kemenangan jika kita berikan sepenuhnya,” tambahnya.

Bercakap mengenai pasukan Sabah, Coach Karsten memberikan komen berikut:

“Saya sudah melihat beberapa perlawanan melibatkan pasukan Sabah. Mereka mempunyai beberapa pemain individu yang sangat bagus dan kita perlu menghormatinya.”

Selain itu, pemain pertahanan tengah yang sedang meningkat naik, Sharul Nazeem Zulpakar sempat memberikan pandangan beliau mengenai perlawanan malam ini.

“Bagi saya, ia bakal menjadi permainan yang sukar. Saddil (Ramdani) bukan pemain yang mudah untuk dikawal. Kita juga ada bekas pemain Selangor, Amri Yahyah . Ada sedikit tekanan untuk saya mengawasi pergerakan mereka, tapi Insha Allah saya akan buat yang terbaik untuk Selangor.”

Sharul Nazeem juga mengakui bahawa pasukan Selangor perlu memperbaiki kelemahan yang ada dan beliau mengimpikan ‘clean sheet’ yang pertama bersama pasukan.

“Kalau boleh, saya nak ‘clean sheet’. Sepanjang 3 perlawanan lalu, saya masih belum ada ‘clean sheet’ lagi. Insha Allah malam ini saya akan buat yang terbaik bagi Selangor untuk mendapatkan 'clean sheet',” jelas Sharul Nazeem.
 
Bagi keberadaan pemain pula, empat pemain Gergasi Merah masih lagi tidak dapat di senaraikan untuk perlawanan ini seperti Nik Sharif Haseefy (kecederaan buku lali), Halim Saari (ACL), Wan Zack Haikal (kecederaan lutut kanan), Tim Heubach dan Sean Selvaraj.

Kedudukan terkini Gergasi Merah dalam carta Liga Super 2021 adalah di tangga ke-5 dengan 14 mata terkumpul hasil dari empat kemenangan, dua seri  dan dua kekalahan, manakala Sabah FC pula di tempat ke-8 dengan jumlah 9 mata terkumpul.

Kemenagan malam ini bakal menyaksikan Selangor mencabar tempat 4 teratas dalam saingan Liga Super yang kini hanya dibezakan 3 mata di belakang Kedah FC di tempat ke-3 liga. Berjuanglah, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan.