May 02, 2021 - FASMalam ini pasukan Selangor FC akan menamatkan pusingan pertama Liga Super 2021 dengan menjadi pasukan pelawat di Stadium MBPJ menentang PJ City FC jam 10 malam.
Untuk rekod, kali terakhir Gergasi Merah bertemu PJ City FC adalah dalam perlawanan Liga Super musim lalu dengan keputusan 0-0.
Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel, PJ City FC merupakan pasukan yang penuh dengan kejutan tetapi yakin akan kebolehan anak buahnya, lebih-lebih lagi apabila anak buahnya keciciran 2 mata setelah pasukan Sabah menjaringkan gol penyamaan di minit-minit akhir perlawanan pada minggu lalu.
“Saya tidak peduli berapa banyak mata terkumpul meraka. Apa yang saya tahu, mereka telah bermain dengan baik setakat ini. Mereka juga telah mempamerkan kejutan-kejutan dalam setiap perlawanan. Kita harus berwaspada,” katanya.
“Kita perlu bermain dengan cepat dan mudah untuk mendapatkan kemenangan. Saya yakin kita (pemain Selangor FC) akan mempamerkan corak permainan yang baik malam ini,” tegas Karsten.
Satu perkara yang pasti, penggempur utama Selangor, Ifedayo Olusegun bakal menjadi pertaruhan terbaik Karsten Neitzel setelah menjaringkan 9 gol dari 10 perlawanan setakat ini. Pemenang anugerah Kasut Emas 2020 ini juga kini disenaraikan sebagai penjaring terbanyak liga musim ini.
Bagi keberadaan pemain pula, Gergasi Merah tidak dapat menurunkan Nik Sharif Haseefy (kecederaan buku lali), Halim Saari (ACL), Wan Zack Haikal (kecederaan lutut kanan) dan Tim Heubach malam ini. Baca lebih lanjut mengenai kecederaan pemain di sini.
Kedudukan terkini Gergasi Merah dalam carta Liga Super 2021 adalah di tangga ke-5 dengan 15 mata terkumpul hasil dari tiga kemenangan, tiga seri dan dua kekalahan, manakala PJ City FC pula di tempat ke-6.??
Kemenangan atau keputusan seri malam ini bakal menyaksikan Selangor mengukuhkan kedudukan di tangga ke-5 liga, dan pasukanPJ City pula berpeluang untuk memintas Selangor yang hanya berkelabihan 1 mata.
Semoga tiga mata penuh berjaya dibawa pulang Selangor FC malam ini. Ayuh, Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan.