SELANGOR FC
BERITA

Halim Saari Jalani Fasa Kedua Rawatan Kecederaan ACL

Jun 18, 2021 - FAS

Pemain tengah pasukan Selangor FC, Halim Saari, kini menjalani rawatan pemulihan di fasa kedua selepas mengalami Anterior Cruciate Ligament (ACL) di kaki kanannya dalam perlawanan kedua Liga Super 2021 menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Untuk pengetahuan, ini merupakan kecederaan ACL keduanya sepanjang karier bola sepaknya. Halim pernah mengalami ACL pada tahun 2017 bersama pasukan lamanya semasa perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Terengganu FC.

Menurut Helber Ricard, ahli fisioterapi pasukan utama Selangor FC, Halim telah memberikan komitmen yang sangat baik pada fasa pertama dan dia kini sedang menjalani fasa kedua pemulihan ACL.

"Halim sangat profesional sepanjang sesi pemulihannya. Dia mengikuti setiap rancangan yang telah ditetapkan. Selama fasa pertama, dia telah melakukan pemulihan dengan baik terutama dalam menjaga kaki kanannya dalam keadaan kuat dengan semua latihan dilakukan di gim,"

"Sekarang dia berada dalam fasa kedua pemulihannya di mana fokusnya akan lebih kepada program pengukuhan bersama saya dan Jurulatih Khairulanwar (jurulatih kecergasan). Kami sangat berpuas hati dengan kemajuan pemulihannya," katanya.

"Halim kemungkinan akan pemulihan sepenuhnya pada akhir tahun ini dan akan dapat mengikuti program latihan pasukan pada pramusim berikutnya untuk bersiap sedia untuk pertandingan Liga M musim depan," katanya.

Ketiadaan Halim dalam kem Gergasi Merah amat dirasai kerana corak permainannya dilihat sesuai dengan DNA Selangor FC dan mampu membantu pasukan dalam membuat gerakan di bahagian tengah.

Selangor FC mendoakan agar Halim dapat terus berikan komitmen untuk kembali pulih serta dapat kembali menjalani pramusim 2022 bersama pasukan.

Semoga dipermudahkan, Halim!

Perkembangan lanjut mengenai pasukan utama Selangor FC akan dikemaskini dan dimaklumkan dari semasa ke semasa kelak.

Demi kebanggaan!