The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Selangor 2 Terus Tingkatkan Usaha Biarpun Liga Ditangguhkan

Jun 25, 2021 - FAS

Penundaan Liga Premier 2021 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah diumumkan oleh pihak Malaysian Football League (MFL) semalam.

Tindakan ini diambil selepas mendapat saranan daripada pihak kerajaan mengikut situasi semasa kes harian COVID-19 di negara ini yang masih berada di tahap yang membimbangkan.

Mengikut jadual sebelum ini, Selangor 2 akan menyambung semula saingan Liga Premier 2021 dengan perlawanan menentang Sarawak United FC pada 30 Jun ini yang ditunda ekoran kerana hujan lebat serta ribut petir semasa hari perlawanan yang lalu.

Walau Bagaimanapun, Michael Feichtenbeiner, Pengarah Sukan Selangor FC memahami tindakan pihak MFL yang terpaksa menunda Liga Premier dan akan meneruskan sesi latihan seperti biasa sementara menunggu jadual baru daripada pihak MFL.

"Bagi saya, tindakan pihak MFL menunda Liga Premier adalah amat difahami kerana keadaan pandemik yang melanda negara sekarang. Ia adalah satu tindakan sukar mereka perlu buat oleh itu kita harus menerimanya dan berharap dapat disambungkan semula," jelas Michael.

"Perancangan sekarang adalah kami akan terus melakukan sesi latihan seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan. Ini kerana selain berlatih untuk perlawanan akan datang, ia juga proses pembangunan pemain muda Selangor FC bagi menyediakan mereka untuk masa hadapan," tambahnya.

Pihak MFL akan maklumkan jadual baru dalam masa terdekat ini sebaik sahaja mereka membuat perangkaan dan penyusunan semula jadual Liga Premier.

Selangor FC berharap pasukan muda Gergasi Merah akan terus berlatih dengan semangat sementara menunggu jadual Liga Premier dikeluarkan.

Perkembangan lanjut mengenai pasukan utama Selangor FC akan dikemaskini dan dimaklumkan dari semasa ke semasa kelak.

Demi kebanggaan!