SELANGOR FC
BERITA

Selangor FC Dan Teach For Malaysia Berkerjasama Bangunkan Program Soccer School

Jul 12, 2021 - FAS

KUALA LUMPUR, 12 Julai 2021 - Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) dan Teach For Malaysia (TFM) dengan bangga mengumumkan kerjasama mereka secara rasmi, di mana TFM akan menjadi Rakan Pendidikan Program Bola Sepak Selangor FC rasmi.

Program perintis ini bertujuan untuk melatih jurulatih bola sepak supaya mereka dapat mengembangkan aspek kepemimpinan pelajar secara berkesan melalui bimbingan yang seterusnya akan meningkatkan pencapaian, penglibatan dan kesejahteraan pelajar.

Inisiatif yang dilancarkan ini akan melibatkan 30 jurulatih bola sepak sebagai peserta. Sepanjang program ini, TFM akan bekerjasama dengan Selangor FC untuk melatih pelatih bagaimana menjadi pemudah cara kepemimpinan pelajar yang berkesan, serta mengukur kesan program melalui pengumpulan dan analisis maklum balas daripada jurulatih dan pelajar untuk menilai dan meningkatkan program tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Teach For Malaysia, Chan Soon Seng berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Selangor FC kerana mereka meningkatkan jangkauan mereka di sekolah-sekolah di Selangor dan memudahkan pembelajaran di luar kelas. Kami juga sangat gembira kerana Selangor FC dan Teach For Malaysia mempunyai visi yang sama, iaitu untuk memperkasakan anak-anak menjadi pemimpin, baik masa depan mereka sendiri dan masa depan Malaysia. Kami percaya bahawa kerjasama ini akan memberikan ruang untuk anak-anak kita mengembangkan kepemimpinan mereka, mendengar dan mengangkat suara mereka selain bekerjasama dengan mereka sangat penting untuk mendorong perubahan yang berterusan dan bermakna dalam komuniti kita. "

Dr.Johan Kamal Hamidon, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC mengatakan, "Bola sepak adalah sukan nombor satu di Malaysia dan menarik perhatian banyak kanak-kanak dari usia muda. Oleh itu, kami percaya bahawa kami mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk juga mengembangkan dan menyediakan anak-anak dengan kemahiran dan nilai insaniah yang lebih holistik yang dapat berguna untuk masa depan mereka. Walaupun kami berpengetahuan dalam bola sepak, perkongsian dengan TFM yang pakar dalam bidang pendidikan akan membantu kami dalam memindahkan komponen pengetahuan, kepemimpinan dan kemahiran insaniah bola sepak kepada anak-anak dengan lebih berkesan."


Berminat untuk memngembangkan daya kepimpinan pelajar? Teach For Malaysia ada menyediakan beberapa sumber pembelajaran yang boleh di akses di at http://tfmdistancelearning.org. Sumber ini tersedia dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin. Jangan lupa untuk ikuti Teach For Malaysia di http://www.teachformalaysia.org dan media sosial @teachformsia di Twitter dan Instagram untuk maklumat terbaru mereka.

Demi kebanggaan!