SELANGOR FC
BERITA

Red Giants Physio Clinic Kini Dibuka Untuk Orang Ramai

Aug 25, 2021 - FAS

Pusat rawatan dan pemulihan kecederaan sukan, Red Giants Physio Clinic (RGPC) yang terletak bersebelahan dengan FAS Training Centre kini dibuka untuk orang ramai bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan di Shah Alam, Selangor.

RGPC yang baharu ditubuhkan tahun ini sebagai pusat pemulihan sukan, pasca operasi, pengurusan kesakitan dan pusat fisioterapi ini akan dikendalikan secara menyeluruh oleh Kelab Bola Sepak Selangor (SFC).

Antara servis yang disediakan adalah diagnosis kecederaan, khidmat konsultasi perubatan dan selain pelbagai rawatan keadaan seperti sakit belakang, sakit leher, patah tulang, masalah berkaitan postur badan, rawatan pemulihan kecederaan sukan dan banyak lagi.

Selain itu, antara kelebihan utama RGPC adalah barisan pakar fisioterapi yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman sebagai tenaga utama yang terbukti telah merawat ramai atlet elit dan pemain bola sepak Selangor FC sebelum ini.

Selain mempunyai pakar dalam bidang fisioterapi, RGPC juga dilengkapi dengan aset-aset peralatan fisioterapi canggih dan terkini seperti Super Inductive System (SIS), Capacitive and Resistive Energy Transfer (TECAR), Laser Therapy dan Shockwave Therapy untuk merawat pelbagai kecederaan yang berkaitan dengan sukan dengan lebih cepat dan efektif.

Untuk makluman semua, RGPC bakal menyediakan rawatan dengan harga yang kompetatif dan memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan yang menjalani rawatan.

Jika anda ingin mendapatkan rawatan di RGPC, pusat rawatan sukan ini kini telah dibuka untuk orang awam dan konsultasi rawatan adalah percuma. Sebarang maklumat lebih lanjut atau ingin menetapkan sesi rawatan pertama anda, anda boleh menghubungi RGPC melalui WhatsApp di nombor +60166251936.

Menjadi keutamaan kami untuk memberikan servis yang terbaik yang kami ada untuk memastikan anda kembali pulih dari kecederaan yang anda alami. Jumpa nanti di RGPC!

Demi Kebanggaan.