Oct 16, 2021 - FASTiada pemain yang mahu terlibat dalam kekalahan berturut-turut dalam perlawanan sulung mereka. Tetapi inilah yang dilalui oleh pemain Selangor FC yang sedang meningkat naik, Mukhairi Ajmal Mahadi yang melakukan debut membarisi skuad kebangsaan yang tumpas kepada Jordan dan Uzbekistan baru-baru ini.
Pada 6 September, Harimau Malaya telah dikalahkan Jordan 4-0 dan tiga hari kemudian tumpas 5-1 kepada Uzbekistan di Amman, Jordan dalam persiapan mejelang kejohanan Piala AFF 2020 tahun ini dan juga kelayakan Piala Asia tahun depan. Ajmal dimasukan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua perlawanan dalam kedua-dua perlawanan.
Tetapi, biarpun beliau hanya menyertai dua perlawanan sebagai pemain kebangsaan yang baharu, peminat dan media Malaysia telah memuji perubahan yang dibawa olehnya selepas masuk sebagai pemain gantian, terutamanya melalui gabungannya bersama bintang remaja Malaysia yang lain, Luqman Hakim Shamsudin dari kelab KV Kortrijk.
Gandingan dan persefahaman antara Ajmal dan Luqman telah disebut-sebut sebagai salah satu sebab kukuh yang mengapa beliau perlu dikekalkan dalam senarai pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk Piala AFF Disember ini.
Ketua jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel juga senada dengan pandangan tersebut dan menyatakan bahawa pemain remaja itu telah menggunakan minit permainan kompetitif yang diberikan kepadanya oleh kelab untuk maju.
"Ajmal dan juga banyak pemain muda lain di kelab telah menunjukan persembahan yang baik sepanjang musim ini kerana daripada jumlah minit permainan yang diberikan. Beliau bermain dengan baik dalam beberapa permainan, baik sebagai pemaindalam kesebelasan utama ataupun sebagai pemain gantian."
"Ajmal mampu untuk menukar rentak permainan, dan yang paling saya ingat adalah semasa perlawanan menentang Melaka United. Pemain-pemain muda sekarang harus berusaha banyak perkara, bermain dengan lebih konsisten dan perlu tetap merendah diri. Ini adalah matlamat mereka dimasa akan datang.”
"Saya sangat gembira melihat dia bermain untuk Malaysia, setiap pemain ingin bermain untuk negara mereka. Sekiranya dia terus bekerja keras, saya tidak melihat sebarang kesukaran untuk beliau diseraikan dalam skuad Malaysia ke Piala AFF," kata ketua jurulatih Jerman itu.
Mungkin petunjuk terbaik untuk masa depan pasukan kebangsaannya adalah yang datang dari Cheng Hoe sendiri, yang baru-baru ini disebut oleh Shoot sebagai berkata,
"Ajmal telah menunjukkan potensi besar ketika bermain di liga Malaysia dan Malaysia U-19. Beliau memiliki teknik dan kepantasan yang baik yang diperlukan dalam permainan moden kini."
"Apa yang dia perlu tingkatkan sekarang adalah gerakannya ketika dalam transisi permainan selain tahap keyakinannya."
Pada masa ini, Ajmal menjalani karantin setelah kembali dari Jordan bersama dengan pasukan Malaysia yang lain. Tetapi pastinya apa yang ingin dilakukan olehnya sekarang setelah melakukan debut di Malaysia yang menarik, adalah kembali ke padang bersama Selangor FC untuk kempen Piala Malaysia atau menyertai pasukan Malaysia B23 kendalian Brad Maloney untuk kelayakan Piala Asia 2022 AFC U-23.
Disediakan oleh: Zulhilmi Zainal