The Red Giants

EN
MY
SELANGOR FC
BERITA

SFC Jalin Kerjasama Dengan Klinik Pergigian Avisienna

Oct 16, 2021 - FAS

Kelab Bola Sepak Selangor, Selangor FC (SFC) telah mendapat sokongan daripada Klinik Pergigian Avisienna hari ini sebagai Rakan Rawatan Pergigian Rasmi selepas termeterainya perjanjian kerjasama antara kedua-dua pihak, awal bulan lalu.

Kerjasama ini juga bakal memperlihatkan logo Klinik Pergigian Avisienna dipamerkan sebagai salah satu logo di laman web rasmi SFC, selain dalam beberapa aset digital di semua platform media sosial SFC.

Pemegang kad keahlian Red Giants juga bakal menikmati diskaun sebanyak 10% dari jumlah keseluruhan bil.

Menurut Pengarah Klinik Pergigian Avisienna, Dr. Safwan Majid, "Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan sebuah kelab yang penuh bersejarah yang meningkat naik hari ini serta mempunyai antara pangkalan peminat yang besar di Malaysia. Kerjasama ini diharap dapat memberikan impak positif kepada kelab dan pemegang Red Giants Team Card."

"Mengikut pengetahuan saya, ini merupakan kolaborasi pertama SFC bersama klinik pergigian. Di Klinik Pergigian Avisienna fokus kami adalah untuk menyediakan penjagaan gigi yang selamat dan selesa di persekitaran yang menyenangkan agar membolehkan pelanggan kami menerima rawatan dengan tenang.”

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon turut menzahirkan rasa gembira dapat bekerjasama dengan klinik pergigian buat kali pertama dan berpendapat kerjasama ini akan memberikan impak positif kepada kedua-dua entiti.

“Dr. Safwan Majid, Pengarah Klinik Pergigian Avisienna bersetuju untuk berkerjasama dengan SFC pada musim ini. Kerjasama ini juga memberikan isyarat kepada syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa yang dalam apa sahaja bidang untuk turut berkerjasama dengan kelab-kelab bola sepak tempatan kerana industri bola sepak kita cukup dekat dengan rakyat Malaysia,” jelas Dr. Johan.

"Sebagai rakan strategik terbaru kami, Selangor FC akan melakukan sedaya upaya untuk membalas kepercayaan yang diberikan. Kerjasama ini juga jelas membuktikan sukan bola sepak masih relevan sebagai platform untuk syarikat-syarikat melabur dan berkongsi kepakaran di antara satu sama lain," tambah Dr. Johan.

Untuk makluman, Klinik Pergigian Avisienna terletak di beberapa lokasi untuk kemudahan anda seperti Putrajaya, Kajang, Equine Park, Shah Alam (Selangor), Nilai (Negeri Sembilan), Kok Lanas (Kelantan) dan Kuantan (Pahang).

SFC sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Klinik Pergigian Avisienna dan berharap perjanjian kerjasama ini dapat membuka mata lebih banyak syarikat lain di Malaysia khususnya di Selangor untuk turut menjadi rakan strategik Gergasi Merah.

Maklumat lanjut mengenai Klinik Pergigian Avisienna boleh didapati dengan melayari laman web rasmi mereka; https://www.avisiennadentalcare.com.

Demi kebanggaan.