The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Khairulazhan: Pengalaman Bersama Harimau Malaya Sangat Membantu

Oct 22, 2021 - FAS

Penjaga gawang utama Selangor FC, Khairulazhan Khalid telah kembali ke kem Gergasi Merah minggu ini bersama rakan sepasukan untuk menjalani latihan di FAS Training Centre.

Beliau yang baharu sahaja pulang daripada perlawanan persahabatan (tier 1) Harimau Malaya di Jordan baru-baru ini dan telah selesai menjalani kuarantin di Petaling Jaya bersama pemain-pemain kebangsaan yang lain.

Kepulangan penjaga gol kebangsaan itu amat dinanti-nantikan barisan kejurulatihan SFC, terutamanya bagi menyiapkan persiapan menghadapi baki saingan TM Piala Malaysia 2021 yang akan bersambung semula pada 30 Oktober ini.

Pengalaman beraksi bersama kebangsaan serta sesi latihan yang dijalankan semasa kuarantin akan digunakan Khairulazhan untuk membantu pasukan bagi menempuhi saingan Piala Malaysia yang berbaki lebih kurang seminggu sahaja lagi.

Bercakap kepada Media Selangor FC, Khairulazhan mengakui bahawa sesi latihan bersama skuad kebangsaan telah membantu sedikit sebanyak persediaan beliau menjelang kembalinya saingan Piala Malaysia.

"Saya rasakan pengalaman berlatih dan beraksi bersama pasukan kebangsaan telah banyak membantu saya melakukan persiapan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi," kata Khairulazhan.

"Hasrat saya adalah untuk membantu pasukan beraksi di peringkat lebih tinggi dalam saingan ini dan saya juga akan berikan yang lebih baik lagi daripada sebelum ini. Insha Allah," tambahnya. 

Selangor FC bakal melayani kunjungan pasukan Liga Premier, Kuching City FC pada hujung minggu hadapan bagi perlawanan ke-3 peringkat kumpulan selepas memungut satu kemenangan dan kekalahan dalam dua perlawanan sebelum ini.

Demi Kebanggaan!