The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Tiga Perkara Signifikan Daripada Perlawanan Menentang Terengganu FC

Nov 09, 2021 - FAS

Kekalahan 3-1 sewaktu menentang Terengganu FC di laman sendiri pada hari Ahad lalu dalam saingan TM Piala Malaysia 2021 mungkin membayangkan perlawanan yang berat sebelah.

Bagaimanapun, mereka yang menonton perlawanan dari awal hingga akhir sebenarnya dapat melihat peningkatan yang dihasilkan oleh Karsten Neitzel terhadap pasukan yang telah terbukti menjadi pasukan yang sukar bagi musim ini.

Kita imbas kembali beberapa perkara penting daripada pertemuan Selangor FC dan Terengganu FC, perlawanan yang mengesahkan tempat kita sebagai naib juara Kumpulan B.

‘Debut’ George Attram

Penyerang pasukan simpanan berusia 21 tahun, George Attram diberikan penampilan sulung dalam kesebelasan utama pasukannya menentang Sang Penyu. Beliau menjadi pemain pasukan simpanan kesembilan yang muncul untuk pasukan senior dalam musim ini.

Penyerang Ghana itu yang telah menjaringkan tujuh gol dalam Liga Perdana musim ini telah mempamerkan aksi yang baik biarpun dirantai oleh pertahanan lawan menentang, sebelum memberi laluan kepada Shahrel Fikri pada awal separuh masa kedua.

Ia adalah usaha yang patut dipuji oleh George, di mana ia merupakan penampilan sulung pasukan pertamanya, dan kami percaya bahawa dia hanya akan menjadi pemain yang lebih dalam perlawanan akan datang, selepas perlawanan getir ini.


Impak Segera Shahrel, The Game Changer

Seorang pemain yang mempunyai kredibiliti yang tinggi di barisan hadapan dan mampu menyuntik keyakinan yang tinggi kepada rakan sepasukan ialah Shahrel Fikri, yang berjaya membantu pasukan tuan rumah mencabar pasukan pelawat selepas dimasukkan di separuh masa kedua.

Sejurus selepas dimasukkan, Shahrel menjadikan dirinya ancaman kepada pertahanan lawan, melepaskan beberapa rembatan deras yang hanya dinafikan oleh tiang gol dan penjaga gol Terengganu. Selepas beberapa percubaan tersebut, Selangor kembali yakin dan dibantu oleh perubahan taktikal, Gergasi Merah tidak lagi membiarkan pasukan lawan mengawal tempo permainan.

Walaupun jaringan Eky pada minit ke-83 akhirnya tidak mencukupi untuk membantu Red Giants menyelamatkan perlawanan, persembahannya ketika menentang Terengganu sepatutnya meyakinkan semua orang bahawa apabila perlawanan semakin sukar di peringkat kalah mati akan datang, dia adalah seseorang yang boleh mendorong pasukan untuk mengubah keadaan.

Permainan dua separuh masa

Selain Shahrel, apa yang turut membantu Selangor mempamerkan peningkatan pada separuh masa kedua ialah gaya permainan tekanan tinggi (high pressing) yang digunakan oleh pasukan sejurus selepas rehat.

Bahagian tengah pasukan lawan tidak lagi mempunyai banyak ruang di tengah padang apabila pemain tengah Selangor melakukan tekanan ke arah pemain lawan yang membawa bola, dengan pemain tengah dari Singapura, Safuwan Baharudin dilihat sering memberi bantuan.

Perubahan dalam taktik ini membantu meningkatkan momentum kepada tuan rumah, yang turut membuka peluang untuk Shahrel Fikri melakukan percubaan-percubaan berbahaya kepada gawang pasukan lawan.

Gaya permainan yang serupa perlu lebih kerap digunakan oleh pasukan dalam peringkat kalah mati yang dijangka lebih sukar, kerana corak permainan tekanan tinggi bakal  membuatkan lawan keluar dari kawasan bahaya, sementara pada masa yang sama, memaksa bahagian pertahanan mereka melakukan kesilapan.

Disediakan oleh: Zulhilmi Zainal