The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Cabaran Sukar Menanti Gergasi Merah di Cheras

Nov 18, 2021 - FAS

Babak pertama perlawanan suku akhir TM Piala Malaysia 2021 antara Selangor FC dan Kuala Lumpur City FC (KLC) hujung minggu lalu berakhir dengan keputusan yang tidak memihak kepada pasukan Gergasi Merah.

Kekalahan 2-0 di laman sendiri kepada musuh tradisi Lembah Klang itu menyebabkan pasukan bimbingan Karsten Neitzel perlu melakukan ‘comeback’ dalam babak akhir Khamis ini, menentang pasukan yang  belum lagi tewas dalam kempen tahun ini, di lokasi yang terbukti menjadi kubu yang kuat sepanjang musim ini. 

Dua pasukan gergasi Lembah Klang ini sudah berjumpa sebanyak 80 kali sebelum ini dengan ‘The City Boys’ jarang menyukarkan kita selaku juara 33-kali. Walau bagaimanapun, prestasi pihak lawan kita telah banyak meningkat musim ini dan kemenangan ke atas anak-anak buah Neitzel itu ternyata membuktikan potensi mereka untuk pergi jauh dalam pertandingan ini.

Malam ini, di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, di Cheras, pasukan Gergasi Merah perlu membuktikan yang kita mampu merapatkan jurang dengan mematuhi arahan dari ketua jurulatih; percaya kepada diri sendiri. 

“Kita akan perhatikan kemungkinan kecederaan untuk menurunkan kesebelasan utama yang terbaik. Cabaran yang sukar tetapi tidak mustahil. Ia penting untuk terus percaya. Walaupun sukar, saya akan memastikan pemain-pemain saya percaya yang ia mampu dilakukan, dengan beberapa pertukaran yang akan dilakukan,” kata jurulatih Jerman itu selepas perlawanan pertama. 

Dalam perlawanan yang boleh dikatakan perlawanan yang bakal menjadi indikasi kepada prestasi Selangor FC musim ini, pasukan Gergasi Merah perlu terus percaya pada keupayaan individu dan kekuatan sepasukan untuk menghasilkan mutu perlawanan yang hebat. 

Ketua jurulatih tepat menyatakan pasukannya mampu melakukan ‘comeback’; terutamanya selepas Selangor sudah melakukannya 4 kali musim ini. 

Pada bulan April yang lalu, selepas Melaka United mendahului perlawanan 2 kali, kita berjaya lawan balik dan menang 3-2 di tempat lawan. Sebulan  kemudian, Ifedayo Olusegun menghasilkan 2 gol minit akhir untuk membantu pasukan menewaskan Petaling Jaya City 2-1.

Pada bulan Ogos pula,  Kedah telah menjaringkan gol pembukaan sebelum Gergasi Merah mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 4-2. Dalam perlawanan terakhir kumpulan B baru-baru ini pula, Selangor berjaya melakukan ‘comeback’ dan menang 2-1  selepas melepaskan gol awal menentang Perak FC di tempat pihak lawan. 

Neitzel mengharapkan yang terbaik daripada pemain yang sedia ada. Beberapa pemain bagaimanapun masih berada dalam senarai kecederaan termasuklah kapten pasukan, Brendan Gan, Halim Saari, Manuel Konrad dan R. Dinesh. 

Gergasi Merah mempunyai kualiti yang mampu mengubah hala tuju perjalanan pasukan sewaktu pusingan separuh akhir pertama minggu lalu, jika para pemain percaya pada diri sendiri. Semua penyokong setia juga boleh menjadi pemain ke-12 pasukan dengan turun membanjiri Cheras malam ini.

Demi kebanggaan!

 

By Zulhilmi Zainal