SELANGOR FC
BERITA

Brendan Gan Menyambung Kontrak

Nov 21, 2021 - FAS

Selangor FC dengan berbesar hati mengumumkan bahawa kapten pasukan, Brendan Gan telah bersetuju dengan perjanjian baharu dan akan kekal sebagai pemain Gergasi Merah untuk musim 2022.

Sejak berpindah dari Perak pada 2020, Brendan telah menjadi tokoh penting di Selangor, bukan sahaja sebagai seorang pemain bola sepak, tetapi juga sebagai contoh teladan.

Beliau telah menjadi simbol inspirasi di Selangor FC dengan sikap optimisme, dorongan dan tenaganya ketika melawan kanser yang memaksanya untuk tidak bermain sejak 6 bulan lalu. Kapten pasukan itu telah bekerja keras untuk kembali ke padang dan tidak lama lagi akan menyertai pasukan pertama dalam latihan.

Brendan Gan adalah suar harapan untuk ribuan orang dan kelab berbangga memilikinya di Selangor FC. Kami akan terus memberi sokongan penuh dalam perjalanan beliau untuk kembali ke tempat asalnya - di atas padang.

SFC yakin bahawa Brendan akan kembali bermain lebih kuat dari sebelumnya.

Demi Kebanggaan!