SELANGOR FC
BERITA

Karsten Neitzel Kekal Komited Bersama Projek Gergasi Merah

Nov 21, 2021 - FAS

Karsten Neitzel akan kekal dan terus menjadi tonggak penting dalam barisan kejurulatihan untuk tahun 2022 sebagai Penolong Ketua Jurulatih Pasukan Utama.

Pemahaman beliau tentang keberadaan pasukan dalam melaksanakan falsafah bola sepak dan gaya permainan yang diterapkan oleh Kelab, amat bernilai dalam meneruskan projek pembangunan dan membantu Ketua Jurulatih Pasukan Utama mencapai tahap yang lebih tinggi. 

Selangor FC mengucapkan selamat maju jaya kepada Karsten dan percaya kerjasama beliau bersama Michael Feichtenbeiner akan membuahkan hasil yang mampu membawa kejayaan kepada Kelab dalam masa terdekat.

Demi Kebanggaan!