SELANGOR FC
BERITA

Pemain Muda Selangor FC Terus Komited Jangka Masa Panjang

Nov 22, 2021 - FAS

Lima pemain muda pasukan utama Selangor FC, Sharul Nazeem (22 tahun), Ahmad Danial Asri (21 tahun), Aliff Haiqal Lau (21 tahun), Mukhairi Ajmal (20 tahun) dan Hein Htet Aung (20 tahun) telah menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Gergasi Merah.

Mereka telah diberi peluang beraksi dan menimba pengalaman bermain di pentas tertinggi bersama pemain-pemain senior dalam saingan Liga Super dan TM Piala Malaysia 2021. Kemasukan pemain-pemain muda ini dilihat telah memberi impak yang baik dan lebih pilihan kepada pengendali pasukan dengan kelebihan yang dimiliki mereka.

Untuk rekod, pemain pertahanan tengah muda, Sharul Nazeem telah beraksi dalam 19 perlawanan dan menjaringkan satu gol, manakala pemain tengah kreatif, Aliff Haiqal Lau telah beraksi dalam 24 perlawanan serta memberikan satu bantuan gol.

Seorang lagi pemain tengah, Mukhairi Ajmal juga telah bermain untuk Gergasi Merah dalam 23 perlawanan untuk musim ini dengan menjaringkan satu gol dan tiga bantuan gol. 

Penyerang berbisa muda Selangor, Ahmad Danial Asri pula menjadi pemain muda paling banyak beraksi dan menjaringkan gol musim ini. Sepanjang musim ini, beliau telah bermain sebanyak 28 perlawanan dengan enam jaringan gol serta tiga bantuan gol.

Pemain muda Myanmar, Hein Htet Aung pula membuat 19 penampilan pada musim ini dengan menyumbang dua jaringan gol dan enam bantuan gol. 

Selangor FC melihat kemasukan pemain-pemain muda ini mampu memberi impak yang baik kepada perancangan kem Gergasi Merah untuk jangka masa panjang selain dapat mematangkan corak permainan mereka.

Pihak pengurusan berharap agar pemain-pemain ini dapat memanfaatkan peluang yang diberikan dan semoga berjaya!

Demi Kebanggaan!