The Red Giants

EN
MY
SELANGOR FC
BERITA

Forever Red : 7 Pemain Meninggalkan Selangor FC

Dec 08, 2021 - FAS

Setelah mengumumkan 10 pemain yang kekal untuk musim hadapan (#stillRED) serta kenaikan pangkat empat pemain Selangor FC 2 minggu lalu, kini giliran senarai pemain yang tidak dapat meneruskan perjuangan bersama tahun hadapan (#foreverRED) dikeluarkan hari ini.

Secara rasmi Selangor FC telah mengeluarkan senarai tujuh pemain yang tidak kekal bersama musim hadapan tengahari tadi. Mereka adalah Namathevan Arunasalam, Sean Selvaraj, Wan Zack Haikal, Tauffiq Ar-Rashid, Shivan Pillay serta dua pemain import iaitu Oliver Buff dan Manuel Konrad. 

Statistik pemain-pemain di atas sepanjang bersama Gergasi Merah:

Namathevan Arunasalam: bersama pasukan utama Selangor FC sejak 2016, bermain di bahagian pertahanan kanan dan telah melakukan 75 penampilan serta dua bantuan gol.

Sean Selvaraj: memulakan karier bersama Selangor FC bermula pada tahun 2018, bermain di bahagian sayap dan telah membuat sebanyak 69 penampilan, meledak 10 jaringan gol serta 12 bantuan gol.

Wan Zack Haikal: menandatangani kontrak bersama Selangor FC pada 2019, bermain sebanyak 20 penampilan, menjaringkan sebuah gol serta tiga bantuan gol.

Tauffiq Ar-Rashid: penjaga gawang Selangor FC sejak musim 2020 dan melakukan dua penampilan.

Shivan Pillay: pada awalnya bersama pasukan pembangunan Selangor FC pada tahun 2020, dipanggil untuk menguatkan pasukan senior di pertengahan liga. Berjaya membuat debut semasa menentang Penang FC dan beraksi dalam lapan perlawanan. 

Oliver Buff: Pemain import daripada Switzerland, bermain di bahagian tengah, telah melakukan 21 penampilan, 6 jaringan gol dan 4 bantuan gol untuk musim 2021.

Manuel Konrad: Pemain import daripada Jerman, bermain di bahagian pertahanan, telah melakukan 14 penampilan untuk musim 2021.

Selangor FC mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pemain yang telah menebar bakti sepanjang bersama kem Merah Kuning. Semoga berjaya dalam bersama pasukan baharu masing-masing!

Demi Kebanggaan!