The Red Giants

EN
MY
SELANGOR FC
BERITA

Kenali Pemain: Mukhairi Ajmal

Dec 09, 2021 - FAS

Di Selangor FC, pembangunan pemain muda adalah penting dan sentiasa diberi peluang untuk menyinar. Peluang ini diberikan di semua peringkat bukan sahaja di pasukan feeder atau peringkat belia, tetapi juga di peringkat pasukan utama kepada pemain yang telah menunjukkan peningkatan yang luar biasa.

Salah satu pemain muda Merah Kuning yang kini merupakan pemain tengah Malaysia adalah Mukhairi Ajmal Mahadi. Walaupun baru berusia 20 tahun pada bulan November, beliau memainkan peranan yang lebih besar untuk kelab dan negara pada tahun ini. 

Beliau telah membuat 20 penampilan dalam Liga Super Malaysia bersama Selangor FC, 9 perlawanan sebagai pemain kesebelasan utama, dan menjaringkan gol Liga Super pertamanya dalam kemenangan 6-0 menentang Sabah FC di tempat lawan pada bulan September lalu. Beliau kemudiannya telah beraksi 3 kali dalam Piala Malaysia.
Sekitar masa yang sama kejohanan Piala Malaysia diadakan, Selangor FC membenarkan Ajmal menyahut seruan negara untuk mengetuai pasukan remaja Malaysia pada peringkat kelayakan Piala Asia B-23 2022, di Mongolia. Beliau berjaya membawa Harimau Muda ke peringkat akhir sebagai johan Kumpulan J.

Pemain tengah yang diramalkan akan membintangi Selangor FC pada masa hadapan, Ajmal bermula kehidupan sebagai seorang pemain bola sepak terima kasih kepada bapanya, Mahadi Maalim. Membesar di Kampung Batu Enam, Pahang, minatnya terhadap sukan itu tercetus semasa menyaksikan Mahadi beraksi di peringkat amatur, juga sebagai pemain tengah.

Bakatnya terserlah sejak usia remaja, dan beliau mewakili daerahnya dan kemudian negeri Pahang di peringkat rendah, sebelum bersekolah di Sekolah Sukan Malaysia Pahang dan kemudiannya di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail.

Selepas menamatkan pengajian dan latihan di sekolah menengah, beliau telah diintai oleh ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, dan ditawarkan untuk bermain untuk pasukan pertama sebelum musim 2019. Tidak lama kemudian dia telah diberikan peringkat senior kompetitif pertamanya serta penampilan Liga Super oleh Abu Bakar, pada usia hanya 17 tahun, dalam kekalahan 1-0 menentang PKNS FC, dan beliau kemudian bermain dalam 3 lagi perlawanan untuk PKNP FC pada tahun itu. Gol senior pertamanya menyusul dalam Piala Malaysia pada tahun yang sama. Di peringkat antarabangsa, beliau membantu Malaysia menamatkan Kejohanan Remaja B-18 AFF di tempat kedua sebelum layak ke Kejohanan AFC B-19 2020.

Apabila Selangor FC menubuhkan pasukan feeder menjelang musim 2020, Ajmal adalah antara salah seorang bintang muda Malaysia yang ditandatangani untuk bermain untuk pasukan kedua kami dalam Liga Perdana Malaysia, di mana beliau telah membuat 4 penampilan. Walaupun beliau hanya membuat dua penampilan untuk pasukan utama pada musim pertamanya, beliau diberi kepercayaan untuk terus bermain bersama pasukan utama secara kekal untuk musim 2021 bersama empat pemain muda yang lain.


Tahun ini merupakan tahun yang cemerlang untuk beliau di peringkat kelab dan antarabangsa peringkat junior, dan telah membuat satu lagi langkah ke hadapan; dengan menyarung jersi Harimau Malaya di peringkat senior pula buat pertama kali. Ketua jurulatih Malaysia Tan Cheng Hoe meletakkannya sebagai pemain gantian separuh masa kedua dalam kekalahan persahabatan kepada Jordan dan Uzbekistan pada Oktober, dan Ajmal kini sebahagian daripada skuad Malaysia yang bersaing dalam Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura. Isnin lalu, dia muncul pada minit ke-27 untuk membantu Malaysia membuka kempen mereka dengan kemenangan 3-1 menentang Kemboja, dan Ajmal dijangka akan berkembang menjadi watak yang lebih penting di tengah padang sepanjang kejohanan berlangsung.

Cheng Hoe amat kagum dengan perkembangan yang ditunjukkan Ajmal selepas kemenangan itu.

"Jika anda perhatikan Mukhairi, dia telah menunjukkan prestasi yang baik untuk Bawah 19 dan B-22. Pada masa yang sama ini adalah tahap berbeza untuknya. Dia mampu menyerap tekanan walaupun mengetahui situasi bahawa kami memerlukan kemenangan.

"Kami menggalakkannya semasa latihan dengan mengatakan bahawa dia harus percaya pada dirinya sendiri dan bahawa kami mempercayainya untuk beraksi. Dengan persembahannya, ia adalah permulaan yang baik untuknya di mana dia mendapat pendedahan dan pengalaman di peringkat lebih tinggi ini. Pastinya akan menjadi petanda positif untuk dia," kata jurulatih itu seperti dipetik oleh Goal.

Sedang ketua jurulatih kebangsaaan Cheng Hoe mengendali pasukan untuk Piala Suzuki AFF, kami meletakkan harapan tinggi daripada pemain tengah ini, manakala penyokong Selangor FC akan teruja untuk melihat Mukhairi Ajmal memimpin di bahagian tengah Red Giants, pada musim 2022 dan seterusnya.

Oleh Zulhilmi Zainal