SELANGOR FC
BERITA

RASMI : Yazan Al-Arab Is RED!

Dec 18, 2021 - FAS

Pemain pertahanan pasukan kebangsaan Jordan, Yazan Al-Arab hari ini secara rasmi diumumkan sebagai pemain import terbaru pertama Gergasi Merah untuk menghadapi saingan Liga Malaysia bagi musim 2022.
 
Berasal dari Russeifa, Jordan, pemain ini telah membuat penampilan pertama bersama pasukan negara kelahirannya pada 29 Ogos 2017 sewaktu usianya 21 tahun dan berjaya membuat sebanyak 24 perlawanan sehingga kini.
 
Berusia 25 tahun, pemain tengah ini dilihat mampu memberi impak kepada barisan pertahanan dengan kelebihan yang dimilikinya menurut ketua jurulatih Selangor FC 2022, Michael Feichtenbeiner.
 
"Saya lihat perlawanannya bersama pasukan Jordan pada bulan Oktober dan sangat kagum dengan prestasinya. Dari situ, kami (barisan kejurulatihan Selangor FC) memerhatinya dengan sangat dekat dan kami memulakan perbualan secara peribadi sehingga perjanjian ditandatangani olehnya.

"Yazan telah bermain dalam bola sepak peringkat tertinggi bersama kelab dan pasukan kebangsaannya. Beliau mempunyai fizikal yang kuat dan sangat bagus di udara.

"Beliau seorang bek tengah dengan kekuatan kaki kiri dan ini dilihat mampu menambah kekuatan barisan pertahanan tengah yang kebanyakan lebih dominan dengan kaki kanan. Beliau akan menjadi watak baharu yang menarik dalam pasukan ini,"

Pemain berketinggian 186cm itu juga sangat gembira dipanggil untuk beraksi bersama pasukan Gergasi Merah. 

Tambah beliau, "Saya teruja nak berjumpa dengan semua termasuklah penyokong Selangor FC. Saya akan bekerja keras untuk membantu Selangor dalam memberi cabaran musim hadapan untuk meletakkan nama Selangor kembali sebagai pencabar kejuaraan.”


Selangor FC mengucapkan selamat datang kepada Yazan Al-Arab. Semoga beliau dapat mengukuhkan barisan pertahanan pasukan Gergasi Merah untuk Liga Malaysia musim ini.
 
Yazan merupakan pemain terbaru kedua yang diperkenalkan untuk membarisi pasukan utama selepas Selangor FC memperkenalkan Samuel Somerville semalam.

Selamat berjuang bersama, Yazan!
 
Teruskan bersama media sosial Selangor FC untuk mendapatkan info-info terkini mengenai persediaan pasukan untuk musim hadapan.

Demi Kebanggaan!