Jan 13, 2022 - FASSelangor MAC, pasukan futsal Gergasi Merah akan membuka tirai Cuckoo Malaysia Premier Futsal League (MPFL) sirkit 1 hingga 3 minggu ini di Kompleks Sukan Negara Shah Alam Panasonic.
Sedikit tentang saingan MPFL, 15 pasukan bertanding dengan format liga sepusingan (setiap pasukan beraksi 14 perlawanan) bermula dari Sirkit 1 hingga Sirkit 9. Kemudian, lapan pasukan teratas akan layak ke Piala Futsal Malaysia 2022.
Dibawah merupakan jadual perlawanan Selangor MAC bagi sirkit 1:-
15/1/22, 10:30AM - NEGERI SEMBILAN vs SELANGOR MAC
16/1/22, 10:30AM - SELANGOR MAC vs KUALA LUMPUR
22/1/22, 03:00PM - PDRM FC vs SELANGOR MAC
23/1/22, 08:30PM - SELANGOR MAC vs KL CITY FC
Pasukan ini juga bakal dilatih oleh ketua jurulatih yang telah membawa pasukan Selangor MAC menjuarai MPFL 2019, Addy Shairullyzam. Beliau akan dibantu oleh dua orang pembantu jurulatih iaitu Ahmad Khairi dan Shao Yao Eoh. Manakala jurulatih penjaga gol, Firdaus Razali dan jurulatih kecergasan, Luqman Mat.
SENARAI PENUH PEMAIN SELANGOR MAC MUSIM 2022
PENJAGA GOL: Syaifuddin Syukri, Azrul Hadee dan Syawal Sabaruddin
PEMAIN PERTAHANAN/FIXO: Fariq Mohammad, Akmal Hakimi, Akmal Yazadh, Azwann Ismail dan Firdaus Ambiah
PEMAIN SAYAP/ALA: Qaiser Heshaam, Hafiz Ramle, Faris Johan, Azri Rahman, Khairul Effendy, Syed Aizad, Saad Sani, Danial Dain, Zahir Zamri, Matheus Silva, Adham Yusri, Haziyhidawi Mazlan dan Rashidie Mahadi.
PIVOT: Ekmal Shahrin dan Azammudin Hasan.
Selangor FC berharap pasukan fustal Selangor MAC akan terus memberi saingan yang kuat dan menjuarai Cuckoo MPFL 2022. Semoga berjaya Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan!