SELANGOR FC
BERITA

Berita Terkini Pre-Season SFC

Jan 26, 2022 - FAS

Pasukan utama Selangor FC kini sedang menjalani Training Camp di Pahang selama enam hari.

Ini merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan bersama persetujuan dan galakkan daripada pihak pengurusan bagi membantu antara barisan jurulatih, pemain dan pegawai sebelum menghadapi musim 2022 pada bulan Mac ini.

Menurut Michael Feichtenbeiner, Ketua Jurulatih Selangor FC, Training Camp ini akan fokus kepada sesi latihan dengan tambahan beberapa aktiviti berpasukan untuk mewujudkan kesatuan dalam pasukan.

"Training Camp pra musim ini akan fokus kepada sesi latihan dan aktiviti 'team building' sahaja. Dengan itu, tiada sebarang perlawanan persahabatan akan dijalankan,

"Pemain telah dijadualkan untuk menjalani dua sesi latihan setiap hari sepanjang program ini dijalankan. Ia untuk membantu kecergasan para pemain dan mempraktikkan taktikal serta memperhalusi corak permainan Selangor FC terutamanya dalam serangan dan juga pertahanan yang akan digunakan semasa liga berlangsung,"

"Selain pada waktu sesi latihan, pemain juga melakukan aktiviti-aktiviti berpasukan bagi mengeratkan hubungan mereka terutamanya untuk membantu pemain-pemain baharu menyesuaikan diri dengan pasukan,"

"Saya sangat gembira dengan fasiliti yang telah disediakan seperti hotel lima bintang yang sangat selesa, makanan yang disediakan juga berkhasiat dan padang latihan yang baik sepanjang Training Camp ini," 

Pihak pengurusan berharap Training Camp ini akan membantu menyatukan dan mengharmonikan pasukan Selangor FC untuk sama-sama menghadapi Liga Malaysia dengan cemerlang untuk musim 2022.

Demi Kebanggaan!