Feb 26, 2022 - FASSelangor FC dan Top Glove telah mencapai persetujuan kerjasama sebagai rakan penaja bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia 2022.
Top Glove adalah sebuah syarikat yang telah beroperasi sejak tahun 1991 dan merupakan pengeluar sarung tangan getah pakai buang yang utama di Malaysia. Penajaan bernilai RM100,000 ini bakal membawa kolaborasi penjenamaan syarikat bersama Selangor FC.
CEO Top Glove Tan Sri Dr Lim Wee-Chai berkata:
"Penajaan ini adalah salah satu daripada kerjasama Top Glove dalam membantu menjenamakan nama Selangor FC di persada bola sepak tempatan. Top Glove juga komited untuk mula mempromosikan jenama syarikat ke dalam bidang sukan dan Selangor FC adalah tempat terbaik untuk kami melakukan demikian".
CEO Selangor FC Dr Johan Kamal juga berkata:
"Selangor FC menerima baik tajaan daripada Top Glove ini, kesanggupan Top Glove untuk membantu sama-sama menaikkan jenama Selangor FC adalah salah satu daripada tanda kepercayaan Top Glove kepada Selangor FC".
Diharapkan dengan kerjasama ini, ianya dapat kembali memartabatkan Selangor FC di negara ini.
Terima kasih Top Glove atas penajaan ini! Demi Kebanggaan.