The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan Liga Super Minggu Pertama : Selangor FC vs KL City FC

Mar 04, 2022 - FAS

Perlawanan pertama Liga Super 2022 bakal menyaksikan Selangor FC bertemu KL City FC, hari ini pada jam 9 malam.

Perlawanan ini juga bakal menjadi aksi kompetitif pertama rasmi Michael Feichtenbeiner sebagai pengendali pasukan utama Selangor FC musim 2022 yang telah diumumkan pada bulan Disember yang lalu.

Michael tidak sabar untuk mulakan liga musim ini, "Saya sangat teruja untuk memulakan cabaran bersama Selangor FC musim ini sebagai ketua jurulatih. Apa yang pasti, harapan dan tekanan daripada penyokong Red Giants dan pihak pengurusan sudah tentunya tinggi," katanya.

"Saya seorang Ketua Jurulatih yang lebih fokus kepada masa kini dan hari ini merupakan perlawanan pertama pasukan. Jadi, saya mahukan ini menjadi perlawanan yang hebat dan mengharapkan tiga mata daripada anak buah saya. Saya yakin dengan pemain saya!"

"Kami telah mencuba banyak benda baru semasa pramusim dan telah cuba untuk mengeratkan hubungan antara pemain. Tidak dinafikan saya nampak ada beberapa bahagian yang perlu kami perbaiki tetapi bagi saya banyak perkara hebat berlaku semasa pramusim. Secara keseluruhan, saya gembira dengan pramusim kami musim ini,"

"KL City telah mempamerkan aksi yang menarik menentang JDT pada separuh masa kedua Sumbangsih 2022, jadi saya menjangkakan mereka akan bermain hebat seperti itu malam ini dan kami bersedia menyahut cabaran!"

Dari segi keberadaan pemain untuk perlawanan pertama Liga Super hari ini, pasukan Selangor FC terpaksa melupakan khidmat Halim Saari dan R. Dinesh yang masih dalam fasa pemulihan daripada kecederaan anterior cruciate ligament (ACL). Seterusnya, Zikri Khalili, pemain pertahanan muda pasukan juga baru sahaja dalam minggu pertamanya merawat lateral meniscus tear

Selain mereka, Shahrel Fikri pula mengalami masalah otot. Walau Bagaimanapun, beliau akan kembali kepada pasukan dalam masa terdekat.

Namun begitu, penyokong Selangor berpeluang untuk menyaksikan aksi debut Liga Super pertama Samuel Somerville, Yazan Al-arab, Baha' Abdelrahman, Zahril Zabri, Fazly Mazlan, Herlison Caion dan Hyuri Henrique dalam jersi Selangor FC esok.

Semoga tiga mata penuh berjaya diraih Selangor dalam perlawanan pertama Liga Super 2022. Semoga berjaya, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!