Mar 22, 2022 - FASPasukan futsal wanita Selangor MBSJ terus kekal sebagai pendahulu liga Cuckoo Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Wanita 2022 sejak perlawanan kelima saingan ini dengan cemerlang yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Shah Alam Panasonic.
Mengumpul 25 mata hasil daripada lapan kemenangan serta satu keputusan seri, pasukan futsal wanita Selangor MBSJ telah menjaringkan sebanyak 52 jaringan gol setakat ini serta 5 rekod clean sheet dalam sembilan perlawanan.
Pemain negara, Fatin Shahida Azmi kini menjadi penjaring terbanyak liga setakat ini dengan 17 jaringan gol dalam 9 perlawanan. Selain beliau, Afrina Azhar juga berjaya menyenaraikan dirinya dalam senarai yang sama dengan 9 gol.
Berikut adalah keputusan perlawanan 1 sehingga perlawanan 9 Selangor MBSJ:-
- SABAH 2-2 SELANGOR MBSJ
- SELANGOR MBSJ 4-0 KL PREFER-CYBERLYNX
- KUALA LUMPUR 0-4 SELANGOR MBSJ
- SELANGOR MBSJ 13-1 PDRM FC
- MELAKA 1-2 SELANGOR MBSJ
- SELANGOR MBSJ 1-0 SABAH
- KL PREFER-CYBERLYNX 5-8 SELANGOR MBSJ
- SELANGOR MBSJ 12-0 KUALA LUMPUR
- PDRM FC 0-6 SELANGOR MBSJ
23 Mac, esok, pada jam 10 malam akan menjadi perlawanan terakhir dan juga tumpuan bagi saingan liga Cuckoo Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Wanita 2022. Selangor MBSJ akan bertemu seteru utama, Melaka yang kini berada di kedudukan ke dua liga dengan perbezaan satu mata sahaja.
Pihak pengurusan sangat berbangga dengan pencapaian pasukan futsal wanita Selangor MBSJ. Semoga dapat menjulang trofi kemenangan pada hari esok. Ayuh Red Giants!
Demi Kebanggaan.