Apr 08, 2022 - FASPasukan Belia Selangor kini menduduki tempat keempat carta Kumpulan B saingan Piala Belia 2022 dengan tujuh mata terkumpul dalam empat perlawanan.
Tujuh mata tersebut adalah daripada dua kemenangan, satu seri dan satu kekalahan. Pasukan bawah 19 tahun ini masih berbaki dua perlawanan untuk pusingan pertama yang akan bersambung semula selepas raya.
Berikut adalah keputusan dua perlawanan terkini pasukan Belia Selangor:-
MELAKA UNITED FC 0-0 BELIA SELANGOR
BELIA SELANGOR 0-1 UiTM FC
Selangor FC berharap pasukan Belia Selangor dapat mengekalkan kecergasan sepanjang saingan Piala Belia 2022 berehat untuk perlawanan di bulan Mei nanti. Teruskan perjuangan!
Demi Kebanggaan!