The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS4 : Selangor FC vs Kedah Darul Aman FC

Apr 10, 2022 - FAS

Selangor FC akan beraksi menentang Kedah Darul Aman FC malam ini di Stadium MBPJ, Kelana Jaya untuk perlawanan minggu keempat saingan Liga Super 2022 pada jam 10 malam.

Bagi yang tidak tahu, Malaysian Football League (MFL) telah menetapkan perlawanan berlangsung pada jam 10 malam sepanjang bulan Ramadan ini. Perlawanan LS4 malam ini juga merupakan perlawanan 'home' pertama buat pasukan Gergasi Merah selepas perlawanan menentang Sri Pahang FC terpaksa ditunda. 

Dari segi keberadaan pemain untuk perlawanan Liga Super hari ini, pasukan Selangor FC terpaksa melupakan khidmat pemain import pertahanan tengah Yazan Al-Arab selepas beliau dikenakan kad merah pada perlawanan yang lalu.

Selain itu, R. Dinesh masih dalam fasa pemulihan daripada kecederaan ‘anterior cruciate ligament’ (ACL).

Dalam pada itu, Aliff Haiqal Lau dan Harith Haiqal masih tidak dapat bersama pasukan kerana sedang mendapatkan kecergasan penuh untuk beraksi daripada kecederaan yang mereka alami baru-baru ini. Mereka akan kembali beraksi dalam masa terdekat.

Samuel Somerville tidak dapat bersama pasukan untuk perlawanan kali ini kerana beliau mengalami kecederaan di saat-saat akhir semalam.

Namun begitu, penyokong Selangor FC boleh bersorak gembira dengan kepulangan Baha' Abdelrahman berserta dua pemain muda iaitu Danial Asri dan Azrin Afiq bersama pasukan daripada kecederaan yang mereka alami minggu lalu.

Semoga tiga mata penuh pasukan Selangor FC dapat raih untuk perlawanan malam ini. Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!