Apr 16, 2022 - FASPasukan e-sukan SFC telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan Unifi eMFL Liga Super 2022 yang bakal bermula pada 19 April sehingga 30 Jun 2022. Musim ini, pasukan e-sukan #RedGiants akan menghantar 2 pasukan di mana pasukan Selangor FC akan diwakili oleh Kamil Al Amini dan Husnain Hakim manakala pasukan Selangor FC 2 akan diwakili oleh Putera Sufrie dan Alif Dani.
Berbeza dengan saingan sebelum ini, pihak MFL telah memberi kuasa autonomi untuk setiap kelab dalam Liga Malaysia untuk menubuhkan pasukan e-sukan sendiri dan memilih pemain yang berkelayakan dan bersesuaian untuk bertanding dalam perlawanan maya bolasepak menggunakan FIFA22 Ultimate Team.
Kedua-dua gandingan ini akan bertanding bersama 16 gandingan dari pasukan lain mengikut format liga di mana 12 pasukan terbaik akan mara ke Pusingan Akhir menggunakan format kalah mati. Juara di peringkat liga bakal mewakili Malaysia sekaligus menempah slot untuk bertanding di FIFA Global Series Playoff anjuran EA Sports dan membawa pulang wang tunai kejohanan.
16 pasukan lain yang bertanding (mengikut susunan abjad) adalah JDT, JDT 2, KDA FC, Kelantan FC, Kelantan United FC, KL City FC, Kuching City FC, Melaka United FC, Negeri Sembilan FC, PDRM FC, Penang FC, PJ City FC, Sabah FC, Sarawak United FC, Sri Pahang FC dan Terengganu FC.
Bagi rekod pencapaian, Kamil atau lebih dikenali dengan nama samaran ‘Maxnevis’ kini berada dikedudukan kedua di Malaysia berdasarkan ranking rasmi FIFA. Beliau juga muncul juara kejohanan Malaysia eSports Series, PS South East Asia, Northern eSports dan juga merupakan Top 6 untuk kejohanan 2v2 FIFA Global Series Asia.
Manakala gandingan beliau, Husnain atau juga dikenali dengan nama Rainnn9 merupakan juara Malaysia eSports Championship (MEC), Top 2 untuk ESL Open Invitation, Top 4 Nivea Men Malaysia dan juga merupakan Top 6 untuk kejohanan 2v2 FIFA Global Series Asia.
Pernah menyertai ePiala Malaysia buat 3 musim berturut sebelum ini, Putera pernah menjuarai kejohanan Selangor Xtiv Virtual eSports, Football Republic E-League Cup dan Kejohanan Hari Bola Sepak Selangor 2019. Beliau turut bersaing untuk pusingan kelayakan FGS South Asia dan pernah mewakili Malaysia pada Tag Heuer Virtual Bundesliga International Serie South East Asia.
Putera bakal bergandingan dengan Alif Dani atau lebih selesa dengan nama samaran Alif D yang pernah menjadi Top 3 ePiala Malaysia 2022, muncul juara kejohanan Keluarga Malaysia eSports Championship, berjaya mara ke Grand Final SUKPAR FIFA22 dan OOHAMI Cup. Alif D juga bersaing di pusingan kelayakan FGS South Asia dan berjaya menempatkan diri sebagai Top 40 Asia South Elite Division.
Selamat maju jaya diucapkan buat kedua-dua Red Giants E-Sports Team dan semoga memperoleh kejayaan!
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti @mfl_my @emfl_my dan @gb_gamesbond untuk info terkini kejohanan ini.
#KitaAdalahSatu
#DemiKebanggaan