SELANGOR FC
BERITA

Perkembangan Terbaru : Selangor FC 2

Apr 17, 2022 - FAS

Pasukan feeder, Selangor FC 2 meraih kemenangan 4-1 semalam menentang PDRM FC di Stadium UiTM, Shah Alam. 

Menurut Ketua Jurulatih pasukan, Rusdi Suparman beliau sangat berbangga dengan aksi anak-anak buahnya.

“Pertama sekali saya ucapkan tahniah dan syabas kepada pemain-pemain saya. Mereka telah melakukan satu tanggungjawab yang sangat besar di mana kesemua perancangan untuk perlawanan ini dilaksanakan secara bersama. ‘Togetherness’ itu adalah kunci kemenangan pada malam ini.

“Dalam bola sepak, kita tidak boleh mengharapkan seseorang pemain sahaja. Maknanya, semua pemain-pemain saya telah beraksi dengan sepenuh hati bersama-sama menjayakan taktikal yang telah kita rancangkan bersama,” bangga Rusdi Suparman. 

Setakat ini, Selangor FC 2 berada di kedudukan tempat ketiga saingan Liga Premier 2022 dengan enam mata terkumpul daripada dua kemenangan dan satu kekalahan. Berbeza dua perlawanan dengan pemegang tangga pertama liga. 

Keputusan perlawanan pasukan Selangor FC 2:-

UiTM FC (0-1) SELANGOR FC 2

*Sharvin Selvakumaran 31’

PERAK FC (2-1) SELANGOR FC 2

*George Attram 81’

SELANGOR FC 2 (4-1) PDRM FC

***Nik Sharif Haseefy 38’ 76’ 90+4’

*George Attram (P) 62’

Berikut adalah jadual pasukan Selangor FC 2 untuk bulan ini:-

24/4/2022, 10pm: TERENGGANU FC II vs SELANGOR FC 2

28/4/2022, 10pm: SELANGOR FC 2 vs SKUAD PROJEK FAM-MSN

Pihak pengurusan Selangor FC mengucapkan tahniah kepada pasukan feeder Gergasi Merah atas pencapaian memberangsangkan ini. Teruskan momentum baik ini sehingga tamat saingan Liga Premier 2022. Ayuh Merah Kuning!

Demi Kebanggaan!