The Red Giants

EN
MY
SELANGOR FC
BERITA

Perkembangan Terkini Pasukan Utama

May 23, 2022 - FAS

Pasukan utama Selangor FC sedang bergiat berlatih bersama di Pusat Latihan FAS sementara perlawanan Liga Super dan Piala FA ditangguhkan buat seketika bagi memberi ruang kepada pemain muda beraksi di Sukan SEA, Vietnam 2021.

Menurut ketua jurulatih Selangor FC, akan ada beberapa perlawanan persahabatan tertutup yang akan berlangsung sepanjang waktu rehat ini.

Tujuannya adalah bagi membantu pemain-pemain yang ada mendapat dan mengekalkan kecergasan masing-masing sebelum perlawanan bermula semula pada bulan Jun nanti.

Untuk pengetahuan semua, ketua pasukan, Brendan Gan telah mula beraksi pada perlawanan persahabatan yang lalu. Beliau diberi peluang untuk bermain selama 45 minit sahaja bagi mendapatkan semula rentak permainannya. 

Selain itu, Halim Saari yang telah pulih daripada anterior cruciate ligament (ACL) juga kembali beraksi bersama pasukan utama Selangor FC pada perlawanan persahabatan yang lalu setelah dilihat sudah mendapat kecergasannya semula semasa bersama pasukan 'feeder', Selangor FC 2. 

Sementara itu, Dinesh Rajasingam masih dalam fasa pemulihan daripada cedera  anterior cruciate ligament (ACL) musim lalu. Beliau dilihat berusaha keras untuk kembali beraksi semula bersama rakan sepasukan.

Selangor FC berharap pasukan dapat menggunakan masa yang ada dengan baik untuk bangkit semula dengan keputusan yang memberangsangkan pada bulan Jun nanti. Semoga dipermudahkan. Ayuh Red Giants!

Demi Kebanggaan!