The Red Giants

EN
MY
SELANGOR FC
BERITA

Perkembangan Terbaru : Piala AFC Bawah 23 Tahun 2022

May 27, 2022 - FAS

Skuad muda kebangsaan akan meneruskan perjuangan untuk negara dalam kejohanan Piala Asia AFC Bawah 23 tahun 2022 di Uzbekistan yang bermula pada 1 hingga 19 Jun ini.

Brad Maloney, pengendali skuad bawah 23 tahun negara telah memanggil sembilan pemain muda Selangor FC iaitu Mukhairi Ajmal, Harith Haiqal, Zikri Khalili, Azrin Afiq, Quentin Cheng, Fahmi Daniel, Faiz Amer, Danial Asri dan Syahir Bashah bagi memperkukuhkan kekuatan pasukannya untuk kejohanan ini.

Pasukan akan berlepas pada 27 Mei dari  Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke Tashkent, Uzbekistan dan akan menjalani latihan berpusat  selama empat hari sebelum kejohanan bermula.

Skuad muda negara telah diundi dalam Kumpulan C pada 17 Februari yang lalu menentang South Korea (1 Jun), Thailand (4 Jun) dan Vietnam (7 Jun). Harimau Muda perlu menjadi dua pasukan terbaik dalam kumpulan bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya. 

Untuk pengetahuan, sebanyak 16 buah negara dari Asia mengambil bahagian dan dibahagikan kepada 4 buah kumpulan yang terdiri daripada 4 buah pasukan bagi setiap kumpulan. Juara setiap kumpulan dan 4 pasukan terbaik daripada naib juara kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati Kejohanan AFC U23 tahun 2022.

Selangor FC mengucapkan selamat berjuang kepada skuad bawah 23 tahun negara dalam Piala Asia AFC Bawah 23 tahun ini. Bangkit Harimau Muda! 

Demi Kebanggaan!