The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Preview Perlawanan LS10 : Selangor FC vs Sarawak United FC

Jun 19, 2022 - FAS

Selangor FC akan menentang Sarawak United FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya untuk saingan Liga Super 2022 setelah berehat lama bagi memberi laluan kepada pasukan kebangsaan.

Menurut ketua jurulatih, Michael Feichtenbeiner, barisan jurulatih memanfaatkan masa yang ada dengan sebaik mungkin sementara menunggu kesemua pemain kembali ke kem Gergasi Merah.

"Pemain kebangsaan kembali ke FAS Training Centre pada hari Khamis yang lalu. Sebelum ini kami tidak dapat berlatih menggunakan taktikal yang dirancang kerana kekurangan pemain. 

Namun, kami memanfaatkan beberapa hari yang ada ini  untuk membuat persiapan yang rapi sebelum perlawanan menentang Sarawak malam ini," kata Michael

Dari segi keberadaan pemain untuk perlawanan Liga Super hari ini, pasukan Selangor FC masih belum berkesempatan menggunakan khidmat R. Dinesh yang berada dalam fasa pemulihan daripada kecederaan ‘anterior cruciate ligament’ (ACL).

Selain itu, Shahrel Fikri dan Baha’ Abdelrahman tidak dapat beraksi pada malam ini kerana mengalami kecederaan kecil semasa latihan.

Manakala, Safuwan Baharudin dan Halim Saari tidak dapat bersama pasukan atas urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan.

Walau bagaimanapun, penyokong Gergasi Merah boleh bersorak gembira dengan kembalinya  Aliff Haiqal Lau dan Brendan Gan dalam senarai pemain pada perlawanan malam ini. 

Semoga tiga mata penuh pasukan Selangor FC dapat raih untuk perlawanan malam ini. Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!