Jun 24, 2022 - FASSelangor FC meneruskan perjuangan dengan perlawanan tertunda menentang Johor Darul Ta’zim di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri jam 8:15 malam.
Michael Feichtenbeiner, Ketua Jurulatih Selangor FC, menyatakan pasukan ingin meneruskan dengan aksi yang cemerlang.
“Barisan jurulatih dan para pemain telah membuat persiapan yang sepatutnya untuk perlawanan pada malam ini. Seperti menentang pasukan lain, sudah semestinya kami mahu meraih tiga mata seterusnya bagi mengekalkan momentum kemenangan.
Saya yakin pemain-pemain berikan yang terbaik seperti perlawanan sebelum ini,” tegas Michael.
Dari segi keberadaan pemain untuk perlawanan Liga Super hari ini, pasukan Selangor FC masih belum berkesempatan menggunakan khidmat R. Dinesh yang berada dalam fasa pemulihan daripada kecederaan ‘anterior cruciate ligament’ (ACL).
Selain itu, Azrin Afiq, Zahril Zabri, Shahrel Fikri dan Baha’ Abdelrahman tidak dapat beraksi pada malam ini kerana mengalami kecederaan kecil semasa latihan.
Manakala, Halim Saari akan mula menyertai perlawanan sebaik sahaja beliau kembali mendapatkan kecergasan untuk beraksi tidak lama lagi.
Semoga Selangor FC dapat mempamerkan aksi yang cemerlang dan meraih tiga mata penuh malam ini. Ayuh, Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan!