SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS7 : Selangor FC vs Sabah FC | Misi Bangkit Semula

Jun 28, 2022 - FAS

Selangor FC meneruskan perjuangan dengan menentang Sabah FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya jam 9 malam ini.

Michael Feichtenbeiner, Ketua Jurulatih Selangor FC mahu anak buahnya bangkit semula dari kekecewaan lepas dan terus cuba mengekalkan rekod baik perlawanan di laman sendiri.

"Berbakikan tiga hari sebelum perlawanan malam ini, fokus kami (barisan jurulatih) adalah membuat persiapan yang sepatutnya untuk pemain kembali bangkit sepenuhnya dari segi mental dan fizikal. 

Saya berharap kami dapat meneruskan keputusan dan juga prestasi baik di Stadium MBPJ. Saya yakin pasukan dapat meneruskan rekod tersebut pada malam ini,"

Dari segi keberadaan pemain untuk perlawanan Liga Super hari ini, pasukan Selangor FC masih belum berkesempatan menggunakan khidmat R. Dinesh yang berada dalam fasa pemulihan daripada kecederaan ‘anterior cruciate ligament’ (ACL).

Selain itu, Zahril Zabri tidak dapat beraksi pada malam ini kerana sedang dalam proses pemulihan daripada kecederaan kecil semasa latihan.

Manakala, Halim Saari, Shahrel Fikri, Baha’ Abdelrahman dan Harith Haiqal akan mula menyertai perlawanan sebaik sahaja mereka kembali cergas untuk beraksi tidak lama lagi. 

Namun, penyokong boleh bergembira dengan kembalinya Azrin Afiq bersama pasukan untuk perlawanan malam ini.

Semoga Selangor FC dapat meraih tiga mata penuh malam ini. Bangkit, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!