The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS9 : Selangor FC vs PJ City FC

Aug 21, 2022 - FAS

Pasukan Selangor FC meneruskan perjuangan #LigaSuper2022 minggu ini dengan perlawanan tertunda #LS9 menentang PJ City FC jam 9 malam di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Untuk rekod, Selangor FC dan PJ City FC belum pernah bertemu untuk musim ini kerana perubahan jadual yang berlaku.

Biarpun pasukan hanya mempunyai tiga hari untuk membuat persiapan untuk perlawanan pada malam ini, barisan jurulatih Selangor FC telah memanfaatkan masa yang ada bagi menyediakan fizikal dan mental pemain menghadapi perlawanan ini. 

Dari segi keberadaan pemain untuk perlawanan Liga Super hari ini, pasukan Selangor FC masih belum dapat menurunkan  Safuwan Baharudin yang dalam pemulihan akibat daripada kecederaan ‘mild traumatic brain injury’.

Selain itu, Gergasi Merah terpaksa melupakan khidmat Sharul Nazeem, pemain tunjang pertahanan muda Selangor FC, kerana beliau telah mengumpul enam kad kuning berderet dalam aksi baru-baru ini.

Selangor FC mendoakan kejayaan pasukan! Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!