The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS16 : Selangor FC vs Johor Darul Takzim FC

Sep 03, 2022 - FAS

Pasukan Selangor FC meneruskan perjuangan #LigaSuper2022 minggu ini dengan perlawanan tertunda menentang Johor Darul Ta'zim FC (JDT FC) jam 8.15 malam di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Pasukan telah membuat persiapan untuk perlawanan pada malam ini, masa yang ada dimanfaatkan dengan menyediakan fizikal dan mental pemain menghadapi aksi ini. 

Dari segi keberadaan pemain untuk perlawanan Liga Super hari ini, pasukan Selangor FC masih belum dapat menurunkan Safuwan Baharudin yang dalam pemulihan akibat daripada kecederaan ‘mild traumatic brain injury’.

Selain itu, Gergasi Merah terpaksa melupakan khidmat Sharul Nazeem, pemain tunjang pertahanan muda Selangor FC, kerana beliau telah mengumpul enam kad kuning berderet dalam aksi baru-baru ini.

Selangor FC mendoakan kejayaan untuk pasukan! Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!