The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Preview Perlawanan LS18 : Sabah FC vs Selangor FC

Sep 10, 2022 - FAS

Pasukan Selangor FC berkunjung ke negeri di bawah bayu, Sabah bagi meneruskan perjuangan #LigaSuper2022 minggu ke-18 menentang The Rhinos di Stadium Likas pada jam 7 malam ini. 

Dengan persembahan baik yang di pamerkan pada aksi minggu lalu, pasukan Gergasi Merah sudah pasti akan terus berusaha keras dalam mempersiapkan diri untuk tampil dengan aksi yang cemerlang untuk perlawanan ini. 

Dari segi keberadaan pemain untuk perlawanan Liga Super hari ini, pasukan Selangor FC masih belum dapat menurunkan Safuwan Baharudin yang masih dalam proses pemulihan akibat daripada kecederaan ‘mild traumatic brain injury’.

Selain itu, Gergasi Merah terpaksa melupakan khidmat pemain muda import pasukan, Alexander Agyarkwa kerana digantung satu perlawanan hasil daripada tiga kad kuning yang diperolehinya pada perlawanan yang lepas.

Selangor FC mendoakan kejayaan untuk pasukan yang akan turun di Stadium Likas malam ini! Terus berjuang Red Giants!

Demi Kebanggaan!