Sep 17, 2022 - FASPasukan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor berjaya mengungguli kedudukan tempat pertama kumpulan A selepas mengikat Wilayah Persekutuan dengan keputusan 1-1 semalam.
Untuk pengetahuan, pasukan kendalin Firdaus Tan ini berjaya menempah tiket awal ke pusingan Suku Akhir pertandingan setelah memenangi dua perlawanan berturut-turut menewaskan juara bertahan, Perak dan Negeri Sembilan.
Berikut adalah keputusan perlawanan pasukan SUKMA Selangor dalam Kumpulan A:-
PERAK 0-2 SELANGOR
- Khairil Zain
- Pengiran Ilham
NEGERI SEMBILAN 0-1 SELANGOR
SELANGOR 1-1 WILAYAH PERSEKUTUAN
Suku Akhir pertandingan akan menyaksikan pasukan SUKMA Selangor menentang pasukan Pahang di Stadium UM Arena pada 19 September jam 4.15 petang.
Selangor FC mengucapkan tahniah kepada pasukan SUKMA Gergasi Merah atas pencapaian mereka setakat ini. Semoga pasukan dapat terus beraksi dengan cemerlang dan memperoleh kemenangan sehingga tamat pertandingan.
Demi Kebanggaan.