The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Perkembangan SUKMA 2022 : Selangor Berjaya Mara ke Separuh Akhir!

Sep 19, 2022 - FAS

Pasukan SUKMA Selangor mara ke pusingan Separuh Akhir acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 setelah menewaskan Pahang 7-6 menerusi penentuan sepakan penalti sebentar tadi di UM Arena.

Menurut penjaga gol pasukan, Azeem Rizal, pasukan telah berikan yang terbaik untuk mara ke pusingan seterusnya.

“Pertama sekali, Alhamdulillah! Pemain sudah berikan yang terbaik, bagi saya perlawanan yang sangat bertenaga dari awal hingga ke penalti. Saya ucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan dan barisan jurulatih kerana telah berusaha keras untuk sampai ke tahap ini. 

Penalti tadi menentukan nasib pasukan, jadi saya berikan yang terbaik biarpun tubuh saya yang sedikit kecil, bagi saya tiada masalah, kita berjaya menang 7-6 sebentar tadi,” kata Azeem.

Azeem Rizal telah menyelamatkan dua sepakan penalti daripada pasukan Pahang sebentar tadi sekaligus dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. 

Separuh Akhir akan menyaksikan pasukan SUKMA Selangor menentang Terengganu di Stadium UKM pada 21 September ini. 

Selangor FC mengucapkan tahniah kepada pasukan SUKMA Gergasi Merah atas pencapaian ini. Teruskan perjuangan  hingga tamat kejohanan. Ayuh SUKMA Selangor! 

Demi Kebanggaan!